Euforia Bola 2026
Didik

Dari Tepi Padang Bersama Ayah, Kini Anak Sulung Zaquan Adha Melangkah Masuk Ke Akademi Mokhtar Dahari!

Nama Muhammad Aisy Qaiser kini mula mencuri perhatian peminat bola sepak tempatan apabila anak sulung kepada bekas tonggak Harimau Malaya, Zaquan Adha , ini berjaya melakar pencapaian membanggakan pada usia muda.

Aisy Qaiser telah terpilih menyertai Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Pahang, sebuah institusi pembangunan bola sepak elit negara yang terkenal sebagai ‘kilang’ melahirkan bakat muda berkualiti tinggi untuk masa depan skuad kebangsaan!

Baca juga: “Hard Work Paid Off” – Anak Kedua Dr Sheikh Muszaphar Dapat Tawaran Ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

ANAK SULUNG ZAQUAN ADHA DITERIMA MASUK AKADEMI MOKHTAR DAHARI

zaquan adha

Untuk rekod, kemasukan ke AMD bukanlah sesuatu yang mudah. Dalam perkongsian video di Instagram Football Association of Malaysia (FAM), Aisy Qaiser merupakan antara 39 pemain bawah 13 tahun terbaik dari seluruh negara yang dipilih menyertai Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan, selepas melalui proses pemilihan yang ketat dan kompetitif.

“Kejarlah impianmu, Aisy Qaiser,” tulis Zaquan Adha untuk anaknya.

Pemilihan ini membuktikan bakat, disiplin serta potensi besar yang dimiliki Aisy Qaiser, sekali gus menepis tanggapan bahawa laluan ke akademi berprestij itu mudah walaupun bergelar anak kepada bekas pemain terkenal.

MINAT SEJAK KECIL…

zaquan adha

Foto ketika kecil bersama ayahnya di padang.

Dilahirkan pada tahun 2013, Aisy Qaiser sudah menunjukkan minat dan bakat dalam sukan bola sepak sejak usia kecil. Kini, dia melangkah setapak ke hadapan dalam usaha merealisasikan impiannya untuk muncul sebagai pemain bola sepak hebat pada masa depan. Sejak kecil, Aisy Qaiser sering mengikuti ayahnya ke sesi latihan, menyaksikan perlawanan secara dekat serta mempelajari disiplin dan rutin latihan pemain profesional.

Pencapaian ini pastinya menjadi titik permulaan penting dalam perjalanan karier bola sepak Aisy Qaiser, dan tidak mustahil namanya bakal mengikut jejak langkah si ayah mengharumkan nama negara suatu hari nanti.

Tahniah diucapkan, semoga terus konsisten, berdisiplin dan berjaya menggapai impian sebagai bintang bola sepak Malaysia!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Baca juga: Jadi Menteri Belia & Sukan Termuda, Bergelar Ayah Pada Usia 29 Tahun – Ini Latar Belakang Dr Mohammed Taufiq Johari

Sumber: Instagram @zaqone_08, Instagram @famalaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×