Sikap penuh empati seorang jururawat Hospital Seberang Jaya menjadi tumpuan apabila dia sanggup santuni pesakit hospital dengan penuh kelembutan.
Tindakan mulia itu dirakam seccara senyap dalam sebuah video yang kemudian tular di media sosial, mengundang pujian ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Baca juga: Pemuda Derma 7 Organ Selepas Kemalangan, Detik Hospital Beri Penghormatan Terakhir Undang Sayu
JURURAWAT SANTUNI PESAKIT HOSPITAL, SUAP MAKANAN GUNA TANGAN DIPUJI

TikTok @ralingesh
Jururawat berkenaan, Nur Deena Nadzhiefa, dilihat menyuapkan makanan kepada seorang pesakit berbangsa India menggunakan tangannya sendiri, seolah-olah sedang menyuapkan makanan kepada ahli keluarganya sendiri.
Keikhlasan dan kelembutan dalam perbuatan itu menyentuh hati ramai, memaparkan sisi kemanusiaan yang melangkaui bangsa, agama dan latar belakang.
Video tersebut mendapat perhatian warga maya yang menyifatkan perbuatan Nur Deena sebagai lambang profesionalisme dan kasih sayang dalam dunia perubatan. Komen di media sosial dipenuhi dengan kata-kata pujian dan ucapan tahniah terhadap jururawat ini atas sikap terpujinya.
“Dia bagi makan macam bagi bapa sendiri,” puji seorang warga maya.
“Pakai tangan ek suap, mesti dia baik gila. Tak semua orang macam dia, tahniah! Semoga Allah mudahkan urusan dia juga, Aamin!” doa seorang pengguna TikTok.
Baca juga: Isi Masa Sementara Tunggu Keputusan SPM, Remaja Ini Jadi Imam…Pilihan Lain Dari Yang Lain!

TikTok @ralingesh
Dalam pada itu, YB Senator Dr. Lingeshwaran Dato’ Seri R. Arunasalam turut mengulas tindakan Nur Deena menerusi hantaran di TikTok.
Beliau menekankan bahawa dalam saat manusia berada dalam keadaan paling lemah, nilai kemanusiaan menjadi lebih penting daripada perbezaan kaum atau latar belakang.
“Tahniah kepada Jururawat Nur Deena Nadzhiefa dari Hospital Seberang Jaya. Dalam saat manusia paling lemah, bukan bangsa yang dipandang, hanya kemanusiaan.
“Seorang jururawat Melayu menyuapkan makanan kepada seorang pesakit India. Tiada diskriminasi. Tiada beza warna kulit, agama atau latar belakang,” katanya.
Detik ini bukan sahaja menyerlahkan dedikasi jururawat terhadap pesakit, malah menjadi pengajaran bahawa perbuatan kecil yang dilakukan dengan ikhlas boleh meninggalkan kesan mendalam kepada ramai pihak.
Tindakan Nur Deena membuktikan bahawa sikap penyayang dan empati adalah aspek penting dalam profesion penjagaan kesihatan.
@ralingesh Tahniah kepada Jururawat NUR DEENA NADZHIEFA BINTI YAACOB dari Hospital Seberang Jaya Dalam saat manusia paling lemah, bukan bangsa yang dipandang ,hanya kemanusiaan. Seorang jururawat Melayu menyuapkan makanan kepada seorang pesakit India. Tiada diskriminasi. Tiada beza warna kulit, agama atau latar belakang. Di atas katil hospital, kita semua sama ,seorang insan yang memerlukan kasih sayang, perhatian dan ihsan. Inilah wajah sebenar Malaysia. Senyap-senyap berbakti, tanpa kamera, tanpa pujian ,hanya dengan hati. Terima kasih, jururawat. Kerana ketika kami tidak berdaya, andalah kekuatan kami. #jururawatmalaysia #jururawat #kementeriankesihatanmalaysia ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa
Baca juga: 11 Tahun Menanti Zuriat, Pemandiri Kanser Payudara ‘Rare’ Ini Akhirnya Bergelar Ibu!
Sumber: TikTok @ralingesh
FT Image: TikTok @ralingesh
