Suasana hari raya memang penuh kegembiraan, namun siapa sangka kemeriahan itu turut dapat dirasai dalam wad hospital apabila keluarga seorang pesakit lelaki mencuri perhatian ramai dengan tindakan mereka mengadakan rumah terbuka kecil-kecilan di bilik bapa mereka.
Momen ringkas tetapi penuh makna ini membuatkan ramai tersenyum melihat hubungan mesra antara keluarga pesakit dan petugas kesihatan.
Baca juga: “Ayah Nyawa Ina…”- Wanita Ini Nekad Berhenti Kerja & Jual Sambal, Demi Jaga Ayah Angkat Uzur
JURURAWAT BERAYA DALAM WAD PESAKIT

Gambar tangkap layar video Threads @hajaaarasbolah .
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Threads, @hajaaarasbolah, yang berkongsi pengalaman menyentuh hati itu.
Biarpun sambutan raya mereka tidak seperti keluarga lain, keluarga pak cik itu tetap berusaha menceriakan suasana dengan cara tersendiri.
“Pak cik so cute” – jemput jururawat datang beraya
Menurut perkongsian itu, dia dan beberapa rakan sekerjanya yang lain telah dijemput untuk datang beraya di bilik pesakit.
Dalam video yang dikongsikan, kelihatan sekumpulan jururawat wanita berpakaian seragam biru berjalan menuju ke wad pesakit sambil memberi salam dengan penuh semangat.
Antara momen yang mencuit hati ialah apabila salah seorang ahli keluarga pak cik tersebut berseloroh, “Orang kata kalau nak masuk rumah orang kena buka kasut.”
Gurauan itu membuatkan semua yang hadir ketawa dan menghidupkan suasana ceria walaupun berada di hospital.
Selain itu, keluarga pesakit turut menyediakan hidangan raya untuk dikongsi bersama. Meja kecil di bilik tersebut dipenuhi dengan pelbagai juadah tradisional yang biasa dinikmati ketika Aidilfitri, termasuklah lemang, ayam masak merah, acar sayur dan kuih-muih.

Gambar tangkap layar video Threads @hajaaarasbolah .
Dalam ruangan komen, individu yang memuat naik video tersebut turut menjelaskan bahawa pesakit ditempatkan di bilik single room, sekali gus memastikan aktiviti tersebut tidak mengganggu pesakit lain.
Hospital berkenaan juga merupakan hospital swasta dengan waktu lawatan yang lebih fleksibel, membolehkan keluarga meluangkan masa bersama pesakit dalam suasana yang lebih selesa.
Malah, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang tersentuh melihat sikap keluarga pak cik berkenaan yang positif, serta didoakan kesembuhan buat ayah mereka.
Di samping itu, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri apabila pernah menyediakan makanan untuk jururawat dan doktor ketika menjaga ahli keluarga di hospital, sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka.
Sumber: Threads @hajaaarasbolah
FT Image: Threads @hajaaarasbolah
