Euforia Bola 2026
Famili

Pakai Topeng ‘Neb’ Yang Rupanya Dah Tiada Oksigen Punca Anak 4 Tahun Pergi Selamanya, Otak Rosak Teruk…

kekurangan oksigen

Muhammad Yusuf, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, menghembuskan nafas terakhir akibat severe hypoxic ischemic encephalopathy, keadaan di mana kerosakan otak yang teruk berpunca daripada kekurangan oksigen.

Pada awal pagi kejadian, Yusuf hanya mengalami selesema dan tiada tanda-tanda mencurigakan atau petunjuk bahawa dia berada dalam keadaan bahaya.

Baca juga: Makan Daging ‘Unlimited’, Risiko Kanser Usus Menanti! Memang Sedap Tapi Hanya Bahayakan Diri

anak kekurangan oksigen

Menurut ibunya, menjelang tengah hari, Yusuf mengadu sakit “tummy”. Namun bagi Yusuf, istilah itu sebenarnya merujuk kepada rasa sakit di bahagian dada.

Di klinik, Yusuf masih sedar dan mampu bercakap. Dia memahami arahan, masih Yusuf yang sama. Rawatan oksigen diberikan dan bacaan oksigen pada ketika itu berada pada paras normal, 99 peratus. Tiada siapa menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku.

“Lepas lebih kurang 15 minit…bacaan oksigen tiba-tiba jatuh. Doktor dipanggil. Yusuf mula meronta. Waktu itu yusuf tak suka topeng neb. Sebelum nya hanya diam memakai topeng neb. Atuk peluk. Yusuf dipaksa untuk memakai topeng neb oleh Dr yang bertugas. 

“Yusuf meronta bukan sebab tidak mahu memakai tapi Yusuf memang memerlukan oxygen waktu itu. Dan dalam sekelip mata… Yusuf rebah. Pengsan. Di atas riba atuk nya sendiri,” luah si ayah.

Hakikatnya, Yusuf bukan meronta kerana enggan dirawat namun sebenarnya dia amat memerlukan oksigen. Dalam sekelip mata, Yusuf rebah pengsan di atas riba atuknya. Nadi terhenti. Jantung berhenti.

anak kekurangan oksigen

Apabila ambulans tiba, Yusuf dikejarkan ke hospital dan CPR diteruskan hampir 30 minit. Jantung Yusuf kembali berdenyut, namun dalam keadaan yang sangat lemah.

Imbasan otak dilakukan dan saat itulah dunia ibu bapanya runtuh. Otak Yusuf telah lama tidak menerima oksigen lalu membengkak dan akhirnya disahkan tidak lagi berfungsi.

Yusuf ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), disambungkan dengan mesin, ubat-ubatan, wayar dan tiub. Namun Yusuf tidak lagi sedar. Tidak membuka mata. Tidak bercakap. Tidak memanggil ibu dan abahnya. Tidak memanggil kakaknya.

Ibu dan ayah diberi peluang untuk memeluk, mencium dan bercakap dengan anak mereka buat kali terakhir. Mereka tahu, Yusuf boleh pergi pada bila-bila masa.

Hampir 30 jam mereka berada di sisi Yusuf, namun dia memilih untuk pergi ketika mereka tiada di sisi, seolah-olah tidak mahu ibu bapanya menyaksikan detik perpisahan itu. Ketika itu, ibunya sedang menunaikan solat Asar, manakala ayahnya keluar membeli makanan untuk si ibu.

*Al-Fatihah buat anak syurga ini.

Baca juga: Rezeki Tak Disangka, Tuan Rumah Bantu Ringankan Beban Keluarga 4 Anak Dengan Sewa Percuma!

Sumber: Facebook Amir Mohd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×