Memasuki tahun 2026, isu gaji tinggi terus menjadi perhatian pencari kerja apabila jurang pendapatan antara negeri di Malaysia semakin ketara, selari dengan perubahan landskap ekonomi dan keperluan industri semasa.
Pertumbuhan pelaburan, kemunculan teknologi baharu serta permintaan terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi menjadikan tidak semua negeri bergerak pada kelajuan yang sama dalam menawarkan peluang pekerjaan berkualiti.
Baca juga: Tutorial Lengkap Cara Guna Aplikasi MyGOV Untuk Semak STR & Bantuan Kewangan, Tak Payah Pening Dah!
SENARAI NEGERI GAJI TINGGI

Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal), Suku Tahun Kedua 2025.
Ekonomi & Kemahiran jadi penentu tahap gaji
Pasaran kerja kini lebih memihak kepada sektor bernilai tambah tinggi seperti:
- Perkhidmatan profesional
- Kewangan
- Teknologi digital
- Pembuatan berteknologi maju
Sektor-sektor ini bukan sahaja menjana pertumbuhan ekonomi, malah menawarkan gaji lebih kompetitif kepada tenaga kerja yang memiliki kemahiran khusus dan produktiviti tinggi.
Analisis Bank Negara Malaysia (BNM) turut menunjukkan peluang pekerjaan baharu dijangka berkembang seiring kemasukan pelaburan besar di beberapa negeri terpilih, sekali gus meningkatkan persaingan mendapatkan bakat terbaik.
3 NEGERI CATAT GAJI MEDIAN TERTINGGI
Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengesahkan bahawa tiga negeri ini kekal mendahului carta gaji median sektor formal:
- Kuala Lumpur – RM4,064 sebulan
- Selangor – RM3,145 sebulan
- Pulau Pinang – RM2,927 sebulan
Ketiga-tiga negeri ini jauh mengatasi gaji median nasional iaitu RM2,864 sebulan, didorong oleh struktur ekonomi yang tertumpu kepada sektor bernilai tambah tinggi dan syarikat berskala besar.
Peluang gaji tinggi tidak lagi terhad di Lembah Klang
Walaupun Kuala Lumpur dan Selangor kekal dominan, pertumbuhan peluang pekerjaan kini mula merebak ke negeri lain seperti:
- Johor – pembuatan bernilai tambah & logistik
- Kedah – elektrik & elektronik (E&E), semikonduktor
- Sarawak – tenaga dan ekonomi hijau
Pelaburan berskala besar di negeri-negeri ini dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti jika disokong dengan tenaga kerja berkemahiran.
Lokasi bukan faktor utama gaji – Pakar

Nur Azreen.
Menurut Ahli Ekonomi Centre for Future Studies Berhad (THE FUTURE), Nur Azreen Mokhyi, yang dipetik dari laporan Sinar Harian, tahap gaji tidak semata-mata bergantung kepada lokasi atau jumlah peluang pekerjaan.
“Perbezaan gaji antara negeri lebih banyak dipengaruhi oleh struktur ekonomi dan produktiviti tenaga kerja, bukan faktor lokasi semata-mata.”
Beliau menjelaskan bahawa negeri yang menumpukan kepada industri profesional, teknologi dan industri maju cenderung menawarkan gaji lebih tinggi secara mampan, terutamanya jika disokong oleh firma yang terlibat dalam rantaian nilai global.
Baca juga: JPN Keluarkan Garis Panduan Terkini Elak Nama Anak Ditolak, Mama Papa Perlu Faham 3 Kategori Ini!
Sektor pemacu gaji mengikut negeri
Bagi tahun 2026, sektor utama yang memacu pekerjaan dan gaji berbeza mengikut kekuatan negeri:
- Kuala Lumpur & Selangor – Perkhidmatan profesional, kewangan, digital
- Pulau Pinang & Kedah – Elektrik & elektronik (E&E), semikonduktor, automasi
- Johor – Pembuatan bernilai tambah, logistik
- Sarawak – Tenaga, ekonomi hijau
Semua sektor ini memerlukan tenaga kerja yang fleksibel, berkemahiran dan bersedia menyesuaikan diri dengan teknologi baharu.
TVET & Latihan Industri jadi kunci mobiliti gaji
Bagi mengurangkan jurang kemahiran antara negeri, Nur Azreen menegaskan keperluan kepada:
- TVET berasaskan industri
- Latihan jangka pendek
- Latihan di tempat kerja
- Pengiktirafan kemahiran bukan formal
Pendekatan ini membolehkan pekerja di kawasan kurang membangun mengakses pekerjaan berkualiti tanpa bergantung sepenuhnya kepada laluan akademik konvensional.
Risiko jurang gaji terus melebar
Sekiranya ketidakseimbangan ini berterusan, tenaga kerja muda dan berkemahiran tinggi dijangka terus tertumpu di beberapa negeri sahaja, sekali gus:
- Meningkatkan kos sara hidup
- Memberi tekanan kepada perumahan
- Membebankan infrastruktur awam
Dalam jangka panjang, situasi ini boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi nasional yang lebih inklusif.
KEDAH & SARAWAK BERPOTENSI JADI ‘DARK HOUSE’
Menariknya, Kedah dan Sarawak dilihat berpotensi muncul sebagai negeri baharu dengan gaji tinggi menjelang 2026, bergantung kepada sejauh mana pelaburan dapat diterjemahkan kepada:
- Pekerjaan berkualiti
- Peningkatan kemahiran tenaga kerja tempatan
- Produktiviti yang mampan
Kesimpulannya, negeri yang benar-benar berjaya menawarkan gaji lebih baik bukan sekadar menarik pelaburan besar, tetapi membina ekosistem kemahiran, produktiviti dan mobiliti kerjaya yang kukuh.
Baca juga: Bantuan RM300 Untuk Anak Yang Tanggung Ibu Bapa Warga Emas, Melalui BINGKAS 3.0!
Sumber: Sinar Harian
