Euforia Bola 2026
Famili

Tiada Surau, Rita Rudaini & Anak-Anak Solat Subuh Tepi Mesin ATM Di R&R Luar Negara..Netizen Puji

anak rita rudaini

Kadangkala, momen paling sederhana mampu meninggalkan kesan paling mendalam. Itulah yang dialami pelakon Rita Rudaini apabila satu singgahan ringkas di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) ketika bercuti di luar negara bertukar menjadi pengalaman penuh makna. Malah, anak Rita Rudaini juga dipuji tentang adab, toleransi dan kemanusiaan.

Baca juga: “Study Lepas Tidur Lebih Ingat” – Gaya Belajar Anak Rita Rudaini Diiktiraf Pakar, Guna Teknik Jeda

ANAK RITA RUDAINI DIPUJI…BERHENTI SOLAT DI RNR LUAR NEGARA YANG TAK ADA KEMUDAHAN SURAU

anak rita rudaini

Rita Rudaini berkongsi satu pengalaman ringkas namun cukup menyentuh hati itu di laman Instagram miliknya semalam dan mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen.

Menurut Rita, tujuan singgahan itu hanyalah satu iaitu menunaikan solat Subuh. Namun, apa yang mencabar, kawasan R&R berkenaan tidak menyediakan surau, memaksa beliau dan dua orang anaknya mencari ruang paling sesuai untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Akhirnya, mereka memilih satu sudut berhampiran mesin ATM yang terletak di hadapan sebuah kedai runcit.

Apa yang menarik perhatian, ketika Rita sedang khusyuk mendirikan solat, kedai di hadapan mula beroperasi. Namun suasana kekal tenang. Tiada pandangan sinis, tiada kata-kata kurang enak sebaliknya, pekerja dan orang sekeliling hanya tersenyum dan menghormati.

Perkara itu membuatkan Rita berasa tersentuh dan bersyukur, lalu berkongsi detik tersebut di media sosial.

“Singgah di R&R untuk menunaikan solat Subuh. Di sini tak ada surau, tapi mommy cari tempat baik punya di tepi mesin ATM.

Tengah mommy solat, kedai di hadapan mula beroperasi. Orang-orang sini hanya senyum je, tak marah dan tak memandang sinis. Begitulah adab, tidak kira apa pun agama. Be kind to everybody..” tulisnya.

Perkongsian itu nyata mengundang perhatian ramai, dengan netizen memuji sikap toleransi dan saling menghormati yang ditunjukkan, selain menganggap ia satu peringatan indah tentang nilai kemanusiaan sejagat. Tidak ketinggalan, orang ramai juga memuji didikan Rita Rudaini terhadap dua orang anak lelakinya yang kini semakin meningkat dewasa.

anak rita rudaini

Untuk rekod, Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan pada tahun 2008 sebelum berpisah pada September 2013. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Baca juga: Tukar Nama Anak Sebab Maksud ‘Terlalu Berat’ Jadi Punca Kerap Sakit? Kebetulan Atau Khurafat? Ini Jawapannya..

Sumber: Instagram @ritrud727

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×