Euforia Bola 2026
Sihat

Semua Janji Temu Klinik Kesihatan Kini PERLU Guna MySejahtera..Ini Cara Supaya Dapat ‘Turn’ Cepat!

temu janji klinik kesihatan

Mulai tahun 2026, urusan pendaftaran temu janji Klinik Kesihatan Kerajaan (KKM) kini menjadi lebih mudah dan teratur apabila ia boleh dilakukan sepenuhnya menerusi Aplikasi MySejahtera. Langkah ini diperkenalkan bagi mengurangkan kesesakan di kaunter, memendekkan masa menunggu serta memudahkan orang ramai merancang lawatan kesihatan mereka dengan lebih efisien.

Walaupun klinik masih menerima pesakit yang datang secara ‘walk-in’, kini pengguna digalakkan malah dalam situasi tertentu perlu  membuat janji temu lebih awal melalui aplikasi MySejahtera.

Baca juga: Anak Ditegur Guru & Rakan Sebab Bibir Hitam Disangka Merok*k, Rupanya Usus Rosak Akibat Makanan Gluten!

Cara Daftar Temu Janji Klinik Kesihatan Guna MySejahtera

Inisiatif ini selari dengan usaha pendigitalan perkhidmatan kesihatan negara. Antara kelebihannya:

  • Tak perlu beratur panjang di klinik
  • Masa menunggu lebih singkat
  • Boleh pilih klinik, tarikh dan masa yang sesuai
  • Semua maklumat temujanji direkodkan dalam satu aplikasi

Pendek kata, lebih mudah, cepat dan sistematik. Bagi yang pertama kali ingin mencuba, jangan risau. Prosesnya sangat ringkas dan mesra pengguna. Ikuti langkah berikut:

1. Buka aplikasi MySejahtera di telefon pintar anda, pastikan aplikasi dikemas kini ke versi terkini. Tekan menu ‘Appointments’. Menu ini memaparkan semua urusan berkaitan temujanji.

temu janji klinik kesihatan

2. Pilih ‘Book for Appointment’. Di sini anda boleh mula membuat tempahan baharu.

temu janji klinik kesihatan

3. Pilih servis yang diperlukan. Untuk rawatan biasa, pilih Outpatient Treatment. (Servis lain bergantung kepada kemudahan klinik).

4. Tekan ‘Search’ dan pilih Klinik Kesihatan terdekat. Pilih klinik yang berhampiran dengan kawasan rumah atau tempat kerja anda.

5. Pilih tarikh dan masa yang sesuai. Slot yang tersedia akan dipaparkan untuk pilihan anda.

6. Tekan ‘Confirm’. Setelah selesai, maklumat temujanji akan disimpan dan boleh disemak dalam aplikasi.

Tapi, apa yang anda perlu ingat adalah:

  • Datanglah ke klinik lebih awal daripada waktu janji temu
  • Pastikan maklumat peribadi dalam MySejahtera adalah tepat
  • Simpan bukti janji temu dalam aplikasi untuk rujukan

Dengan kemudahan ini, urusan ke Klinik Kesihatan kini tidak lagi rumit seperti dahulu. Semuanya di hujung jari, hanya beberapa klik, janji temu sudah pun berjaya dibuat. Mudah kan? Mulai 2026, jom biasakan diri guna MySejahtera untuk urusan kesihatan harian.

Baca juga: “Hard Work Paid Off” – Anak Kedua Dr Sheikh Muszaphar Dapat Tawaran Ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

Sumber: Busman Tahir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×