Euforia Bola 2026
Dapur

Wanita Kongsi Cara Goreng Kerepek Peria Agar Rangup Sepanjang Hari & Juga Rasanya Kurang Pahit!

kerepek peria

Kerepek peria bukan sahaja sesuai untuk snek petang, malah mudah disediakan di rumah dengan bahan yang ringkas. Azita Amir berkongsi cara dia menyediakan kerepek peria yang rangup dan tahan lama, selain memberi panduan step-by-step yang mudah diikuti.

Jom buat sama-sama!

Baca juga: Resipi Sup Kicap ‘Signature Dish’ Orang Pekan, Setiap Kenduri Mesti Ada Lauk Legend Ini!

RESIPI KEREPEK PERIA

kerepek peria

Gambar: Azita Amir

Bahan-bahan:

  • Peria segar
  • Air garam untuk merendam
  • 1 paket tepung Bestari Original
  • 1 paket tepung Bestari Spicy
  • 1 paket tepung beras

Baca juga: Telur Rebus Pun Boleh ‘Expired’? Pakar Kongsi Tempoh Selamat Simpan Telur Rebus Dalam Peti Sejuk

Cara penyediaan:

kerepek peria

Gambar hiasan: Faizah Husain

  1. Sagat peria mengikut saiz pilihan dan rendam sekejap dalam air garam untuk mengurangkan rasa pahit.
  2. Bilas peria dengan air bersih dan tos sehingga kering.
  3. Satukan tepung Bestari Original, tepung Bestari Spicy, dan tepung beras dalam satu mangkuk. Gaul rata.
  4. Ambil sedikit demi sedikit peria yang telah disagat dan salutkan dengan campuran tepung tadi.
  5. Panaskan minyak dan goreng peria sehingga warna agak perang. Angkat dan sejat minyak di atas tisu dapur.
  6. Setelah sejuk, masukkan kerepek dalam bekas kedap udara. Kerepek peria ini tahan lama dan rangup.

Azita Amir menekankan bahawa teknik merendam peria dalam air garam serta penggunaan campuran tepung yang tepat adalah rahsia untuk mendapatkan kerepek yang rangup dan sedap.

Resipi ini sesuai untuk semua, terutama bagi mereka yang ingin cuba snek homemade yang lebih sihat.

Baca juga: Ini Cara Bawa Durian Tanpa Bau Walaupun Travel Jauh, Tips Dalam Kapal Terbang Pun Ada!

Sumber: Facebook Page Resipi Bonda 

FT Image: Azita Amir / Jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×