Amalan puasa bulan Rejab menjadi antara ibadah sunat yang sering diberi perhatian oleh umat Islam berikutan kedudukan Rejab sebagai salah satu bulan yang dimuliakan dalam Islam.
Antaranya termasuk puasa sunat Isnin dan Khamis yang diamalkan setiap minggu, selain puasa Ayyamul Bidh atau dikenali sebagai Puasa Hari Putih.
Baca juga: Hati-Hati Bangun Tidur & Terus Solat, Kalau Baju Ada Air Liur Basi Boleh Jadi Najis!
JADUAL PUASA BULAN REJAB, REBUT GANJARAN PAHALA

Freepik
Puasa Ayyamul Bidh merujuk kepada puasa yang dilakukan pada hari ke-13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah, iaitu ketika bulan berada dalam keadaan mengambang. Amalan ini dianjurkan sebagai salah satu bentuk ibadah sunat yang mempunyai kelebihan tersendiri.
Bagi bulan Rejab 1447H, beberapa tarikh penting puasa sunat boleh dijadikan panduan:
22 Disember 2025 (Isnin) – 1 Rejab
25 Disember 2025 – (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
29 Disember 2025 – (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab)
1 Januari 2026 – (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
3 Januari 2026 (Sabtu) – Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh
4 Januari 2026 (Ahad) – Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh
5 Januari 2026 – (Puasa Sunat Hari Isnin, Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh)
8 Januari 2026 – (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
12 Januari 2026 – (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab)
15 Januari 2026 – (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
17 Januari 2026 – *Israk Mikraj 27 Rejab (Puasa Sunat Rejab)
19 Januari 2026 – (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab)
Bagi puasa sunat Rejab, niat boleh dibaca pada mana-mana hari dalam bulan tersebut:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
Nawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya : “Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan Rejab kerana Allah ta’ala”
Lafaz niat Puasa Ayyamul Bidh (Puasa Hari Putih) adalah seperti berikut:
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى
Nawaitu sauma ayyamal bidh sunnatan lillahi taala
Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah taala.”

Anda masih boleh berpuasa sunat sekiranya terlupa untuk niat pada malam harinya atau keesokan harinya sebelum Subuh. Ini kerana kita masih boleh berniat sebelum tergelincir matahari dengan syarat anda masih belum makan dan minum atau tidak melakukan apa-apa perkara yang membatalkan puasa antara waktu masuknya waktu Subuh hingga tergelincirnya matahari.
Puasa bulan Rejab menjadi peluang terbaik untuk umat Islam melatih diri sebagai persediaan rohani menjelang Ramadan, di samping memperbanyakkan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Baca juga: Lelaki & Perempuan ‘Selamba’ Gurau Lucah Di Pejabat, Ringan Di Mulut, Tapi Berat Di Sisi Hukum..
Sumber: Ikhlas & Detik Hikmah
