Euforia Bola 2026
Famili

JPN Umum Dua Nama Terpanjang Di Malaysia, Bacanya Pun Buat Ramai Ternganga – Nak Sebut Pun Habis Nafas!

NAMA TERPANJANG DI MALAYSIA

Fenomena nama terpanjang di Malaysia terus menarik perhatian ramai, mencerminkan kreativiti dan keunikan ibu bapa dalam memilih nama untuk anak mereka.

Dari segi budaya dan tradisi, pemilihan nama panjang sering dianggap sebagai cara untuk meletakkan doa, harapan, serta nilai estetika dalam identiti seseorang, sambil menonjolkan keunikan setiap individu dalam masyarakat.

Baca juga: Tya Arifin ‘Turun Padang’ Untuk Jamuan Kelas Anak, 7 Pagi Dah Sampai Sekolah Untuk Deko & Susun Makanan!

DUA NAMA TERPANJANG DI MALAYSIA, BERBELIT LIDAH NAK BACA

NAMA TERPANJANG DI MALAYSIA

Freepik

Sehingga kini, nama Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian masih kekal sebagai nama terpanjang yang pernah didaftarkan di negara ini setakat 6 Januari 2022.

Selain itu, beberapa nama panjang lain turut tular sebelum ini, termasuk Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam yang didaftarkan pada 2014.

Terbaharu, nama graduan UiTM, Aminasufi Aininnaim Manisalamuhibahati Aminjaya pula tular di media sosial kerana keunikan dan panjangnya.

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), nama bayi yang didaftarkan hendaklah tidak melebihi 80 aksara (huruf). Garis panduan ini bertujuan memastikan nama yang dipilih dapat digunakan dengan mudah dalam dokumen rasmi, termasuk urusan kerajaan, sekolah dan sistem komputer.

NAMA TERPANJANG DI MALAYSIA

Sebaliknya, nama paling pendek di Malaysia kekal milik seorang pelukis pelan, S Binti Rusli, yang berasal dari Johor Bahru, Johor. Nama ringkas ini jelas berbeza dengan trend nama panjang yang semakin mendapat perhatian masyarakat.

Fenomena ini mencerminkan kepelbagaian gaya pemberian nama di Malaysia, daripada nama yang sangat panjang dan kompleks dengan pelbagai elemen budaya dan estetika, hinggalah nama ringkas yang padat dan praktikal.

Walaupun nama panjang sering mencerminkan kreativiti serta doa ibu bapa, pemilihan nama yang mudah digunakan tetap penting agar tidak menyukarkan kehidupan anak pada masa hadapan.

Baca juga: [TERKINI] Dividen ASB Tahun 2025 Kekal 5.75 Sen Seunit, Manfaat 11.4 Juta Pemegang Unit

Sumber: Utusan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×