Euforia Bola 2026
Asuh

Nama Panjang Boleh Menyusahkan Anak, Ini 6 Kesan Yang Ramai Ibu Bapa Tak Sedar!

nama anak

Ramai ibu bapa gemar beri nama anak panjang dan unik kerana ia sarat makna. Namun, menurut kajian psikologi dan sosial, nama yang terlalu panjang atau sukar disebut boleh menimbulkan beberapa masalah kepada anak dari segi sosial, profesional dan emosi.

Kajian “name-pronunciation effect” yang diterbitkan dalam Journal of Experimental Social Psychology mendapati, nama yang mudah disebut lebih disukai dan dipercayai.

Baca juga: Bebas Memilih Buat Hubungan Makin Mesra…Rupanya Gaya Parenting Jellyfish Tarik Hati Anak Zaman Sekarang!

SEBAB SAINTIFIK NAMA ANAK TAK PERLU PANJANG

nama anak

Gambar hiasan AI

Penyelidikan lain pula menunjukkan nama yang pendek dan jelas memberi kesan positif dalam kerjaya, hubungan sosial, malah reputasi atas talian.

Dari sudut kognitif, otak manusia lebih cepat memproses dan mengingati perkataan ringkas atau mudah disebut.

Apa risikonya?

Nama panjang kadang tidak muat dalam borang rasmi, mudah salah eja, dan menyusahkan dalam dokumen antarabangsa. Ia juga boleh memberi beban emosi bila kerap salah sebut.

Baca juga: Hebat! Seawal 6 Bulan Bayi Sebenarnya Dah Pandai Tiru Gerakan & Mampu ‘Master’ 16 Jenis Isyarat

Kenapa nama anak tak patut terlalu panjang?

  • Senang sebut jadi lebih disukai – Kajian tunjuk nama yang senang disebut boleh buat orang automatik rasa ‘mesra’ dan positif pada anak
  • Lebih dipercayai dan profesional – Nama pendek dan jelas boleh munculkan kepercayaan
  • Otak suka ringkas – Nama mudah sebut cepat lekat dalam fikiran
  • Buka peluang lebih luas – Nama neutral atau ringkas boleh bantu dalam kerjaya dan komuniti
  • Elak tekanan emosi tak perlu – Anak tak perlu tanggung nama yang selalu salah eja atau salah sebut
  • Lebih mudah diingati – Nama yang pendek lebih senang disebut dan diulang

Cadangan dan solusi untuk ibu bapa

  1. Pilih nama yang sederhana panjang, 2 hingga 3 perkataan sudah cukup untuk bawa makna tanpa menyusahkan anak.
  2. Pastikan mudah disebut elakkan kombinasi huruf yang terlalu pelik atau jarang digunakan.
  3. Pertimbangkan nama panggilan pilih nama yang ada versi ringkas mesra digunakan harian.
  4. Fikir jangka panjang, bayangkan anak gunakan nama itu di sekolah, universiti, tempat kerja
  5. atau dokumen rasmi.
  6. Utamakan makna, bukan panjang doa yang baik tetap tersimpan walaupun nama ringkas.

Nama ialah doa dan identiti sepanjang hayat. Ringkas, mudah sebut, mudah ingat itu lebih baik untuk memudahkan perjalanan hidup anak.

Baca juga: Elak Sapu Bedak Talkum Di Kemaluan Bayi, Nampak Tak Bahaya Tapi Risiko Tumbuh Sel Kanser Ovari!

Sumber: Public Health Malaysia (PHM)

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×