Pendakwah bebas, Dr Rozaimi Ramle tampil memberi peringatan tegas kepada masyarakat agar ambil tahu hukum beri review palsu dan tidak sewenang-wenangnya meninggalkan ulasan terhadap perniagaan di platform digital seperti Google Review.
Hal ini kerana, minggu lepas hangat diperkatakan bahawa sebuah restoran milik pempengaruh terkemuka yang masih belum beroperasi tetapi sudah membuat ‘review’ makanan enak belaka. Macam mana ya?
Baca juga: Ramai Baca Surah Al-Waqiah, Tapi Tak Tahu Cara Amal Ayat 74 & 96 Jadi RAHSIA Anda Cepat Kaya Raya!
HUKUM BERI REVIEW PALSU, PUNCA “BERDOSA BESAR”

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau yang juga Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) menegaskan bahawa perbuatan memberi rating atau ulasan tanpa pernah menerima perkhidmatan sebenar adalah haram di sisi agama, malah tergolong dalam dosa besar.
Menurut Dr Rozaimi, tindakan tersebut bukan sekadar perkara kecil, sebaliknya mampu memberi kesan besar terhadap imej, reputasi dan rezeki peniaga, lebih-lebih lagi jika ulasan negatif dibuat secara tidak jujur.
“Saya lihat ada pihak yang memberikan rating satu bintang kepada kedai Khairul Aming, sedangkan restoran itu belum dibuka. Ini bermakna mereka belum menerima sebarang servis, tetapi sudah meninggalkan review palsu,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa perbuatan memberi penyaksian palsu atau kata-kata yang tidak benar adalah antara dosa besar dalam Islam.
“Nampak seperti perkara kecil, namun kesannya sangat besar. Ia boleh menjatuhkan perniagaan dan menzalimi orang lain,” jelas beliau lagi.
Dalam masa sama, Dr Rozaimi turut menegur segelintir pihak yang sengaja memberi rating negatif atas sebab perbezaan pandangan politik, sentimen boikot, atau dorongan emosi semata-mata.
Ulasan dan penilaian, seharusnya dibuat secara jujur, beretika dan berasaskan pengalaman sebenar, bukannya menjadi alat untuk memfitnah atau menekan peniaga yang tidak bersalah.

Foto: freepik
Teguran ini sekali gus menjadi peringatan kepada pengguna media sosial agar lebih bertanggungjawab dalam meninggalkan ulasan, kerana setiap perkongsian bukan sahaja memberi kesan kepada orang lain, malah turut dipersoalkan dari sudut moral dan agama.
Baca juga: Syukur! Rantai Emas Hilang Bernilai RM600 ‘Dipulangkan’ Semula Selepas Ikhtiar Baca 7 Doa Ini
Sumber: Dr. Rozaimi Ramle
