Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Nampak Sweet, Rupanya Berisiko..Peguam Syarie Dedah Jangan Tulis ‘I Love You’ Bila Transfer Duit Pada Pasangan

cara transfer duit

Cara transfer duit atau pemindahan wang menggunakan telefon pintar kini menjadi antara kemudahan paling penting dalam urusan kewangan harian. Bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga, kaedah ini juga memberi kebebasan kepada pengguna untuk melakukan transaksi pada bila-bila masa dan di mana sahaja sama ada untuk urusan keluarga, perniagaan mahupun keperluan harian.

Namun di sebalik kemudahan ini, masih ramai yang memandang ringan satu perkara penting ketika membuat pemindahan wang, iaitu ruangan “Recipient Reference” terutamanya dalam kalangan suami isteri. Kenapa ya?

Baca juga: “Yang Single Jangan Tengok”- Pulang Lepas Setahun, Momen Manis Anggota MALBATT Lari Peluk Suami Buat Ramai Terharu

CARA TRANSFER DUIT DENGAN SELAMAT ANTARA PASANGAN, PEGUAM SYARIE NASIHAT JANGAN LETAK ‘I LOVE YOU’

cara transfer duit

Foto: freepik

Kebiasaannya, ruangan “Recipient Reference” digunakan untuk mencatat tujuan pemindahan wang bagi memudahkan rujukan di masa hadapan. Namun begitu, ada juga individu yang mengisinya dengan ayat gurauan, kata-kata tidak berkaitan, malah ayat romantik.

Contohnya, menulis ayat seperti “I love you”, “Sayang forever” atau ungkapan cinta lain yang kelihatan manis, tetapi sebenarnya tidak membawa sebarang makna dari sudut dokumentasi kewangan.

Baru-baru ini, seorang peguam syarie mendedahkan bahawa kebahagiaan rumah tangga hari ini tidak semestinya menjamin urusan yang mudah di masa hadapan, terutamanya jika rekod transaksi kewangan tidak jelas.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok oleh @peguamsyarieadlyna, beliau menegaskan bahawa ayat romantik dalam bukti pemindahan wang antara suami isteri sebenarnya boleh mendatangkan kesukaran sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

“Kalau nak pindahkan duit kepada pasangan, jangan tulis ‘I love you’ dalam ruang rujukan. Bukan sebab tak romantik, tapi sebab ia langsung tak membantu di masa hadapan,” jelasnya.

RUANGAN RUJUKAN BOLEH JADI BUKTI PENTING

cara transfer duit

Foto hiasan.

Menurut beliau, ruangan rujukan transaksi boleh menjadi bukti penting dalam pelbagai urusan seperti tuntutan nafkah, pembahagian harta, perceraian, kematian atau urusan pusaka. Tambahnya lagi, jika berlaku pertikaian, mahkamah tidak akan menilai emosi atau ungkapan cinta, sebaliknya akan melihat niat sebenar transaksi berdasarkan bukti yang ada.

“Ayat ‘I love you’ tak boleh jelaskan sama ada duit itu nafkah, pinjaman, hadiah, bayaran bil atau belanja anak. Di mahkamah, yang dinilai hanyalah niat dan bukti,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa kata-kata romantik boleh disampaikan secara peribadi, namun untuk urusan kewangan, sebaiknya catat tujuan sebenar secara jelas dan ringkas.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna disarankan menulis rujukan seperti nafkah bulanan, belanja anak, bayar sewa rumah atau pinjaman agar rekod transaksi lebih tersusun dan mudah dirujuk di masa hadapan.

Kesimpulannya, dalam urusan kewangan, mesej yang jelas lebih penting daripada romantik. Cinta mungkin tidak perlu bukti bertulis, tetapi transaksi kewangan sebaiknya direkod dengan jelas demi kebaikan bersama. Ingat!

Baca juga: “Yang Satu Lagi Bukan Suami Saya..”- Wanita Terkedu Kad Nikah Ada 2, Siap Tersalah Cetak Wajah Lelaki Lain!

Sumber: Tiktok @peguamsyarieadlyna

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×