Euforia Bola 2026
Famili

Buang Bayi Bongkar Perbuatan Sumbang Mahram Di Besut, Adik Lelaki 14 Tahun Dipercayai OKU Lembam!

sumbang mahram

Satu kes sumbang mahram terbongkar, susulan penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Besut pada Ahad lalu, sekali gus mengejutkan penduduk setempat dan mencetuskan perhatian ramai di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh memaklumkan, hasil siasatan awal mendapati bayi tersebut merupakan hasil hubungan terlarang antara seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan adik lelakinya yang berusia 14 tahun.

Baca juga: Tular Pemuda Yatim Piatu Kehilangan 6 Ahli Keluarga, Kini Abdur Rahman Temui Sinar Bahagia, Sah Bergelar Suami

KES SUMBANG MAHRAM MELIBATKAN BAWAH UMUR TERBONGKAR

sumbang mahram

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Mukim Kampung Raja pada Ahad membongkar kes sumbang mahram membabitkan seorang remaja perempuan dan adik lelakinya.

Bayi berkenaan dipercayai dilahirkan secara rahsia sebelum dibuang sejurus selepas kelahiran.

Menurut beliau, bayi itu ditemui oleh salah seorang penghuni rumah berkenaan sebelum segera dibawa ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kini berada di bawah pemantauan pihak perubatan.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan reman remaja lelaki terbabit selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan menyeluruh berhubung kes tersebut. Mahkamah membenarkan permohonan reman bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara teliti.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis turut mengesahkan bahawa remaja lelaki berusia 14 tahun itu dipercayai merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Polis telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 14 tahun bermula Isnin hingga 21 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Buat masa ini belum ada ahli keluarga lain atau saksi yang dipanggil untuk dirakam keterangan,” katanya ketika dihubungi wartawan pada Isnin.

Baca juga: Jiran ‘Report’ Terganggu Bau Masakan, Pihak Berkuasa Melaka Datang Ketuk Pintu Rumah Buat Siasatan!

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan.

Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan sumbang mahram, iaitu hubungan seks antara individu yang dilarang berkahwin menurut hukum agama.

Seksyen 376B memperuntukkan hukuman berat, iaitu penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun, selain boleh dikenakan sebatan, bergantung kepada tahap kesalahan dan keputusan mahkamah.

Md Sani menegaskan bahawa perbuatan membuang bayi adalah tindakan tidak berperikemanusiaan, bercanggah dengan nilai kemanusiaan serta hukum agama, selain menafikan hak seorang bayi untuk hidup dan dilindungi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih atau spekulasi berkaitan kes ini, yang boleh mengganggu siasatan serta memberi kesan buruk kepada pihak terlibat, khususnya mangsa yang masih di bawah umur.

Baca juga: Ibu Panik Anak 3 Tahun Mengadu Sakit, Rupanya Tersangkut Celah Tong Gas, Abang Bomba Tolong Selamatkan!

Sumber: Sinar Harian (1), (2)

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×