Euforia Bola 2026
Nur

Penat Pejam Tapi Mata Masih Segar, Dodoikan Diri Dengan Zikir Ya Hayyu Ya Qayyum Terus Cepat Lelap

cara cepat tidur

Ramai yang mencari cara cepat tidur terutama bila fikiran terlalu aktif atau badan penat tetapi mata masih segar. Dalam perkongsian di Facebook, Mohd Nizam berkongsi satu zikir mudah yang bukan sahaja membantu menenangkan jiwa, bahkan menjadi amalan penuh keberkatan sebelum tidur.

Diamalkan secara konsisten, ramai yang merasakan tidur lebih lena dan bangun dengan perasaan lebih segar.

Baca juga: Ini 8 Hotel Di Mekah Yang Betul-Betul Dekat Dengan Masjidil Haram, Memang Terbaik & Berbaloi!

AMALAN & ZIKIR CARA CEPAT TIDUR

cara cepat tidur

Gambar: Mohd Nizam

Zikir ini ialah:

“Ya Hayyu Ya Qayyum, ahdi laili wa a nim aini”

Maksudnya: “Wahai Yang Maha Hidup Abadi lagi Yang Terus Menerus Mengurus makhluk, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku.”

Amalan ini menekankan penyerahan diri kepada Allah sambil melepaskan tekanan sepanjang hari.

CARA MENGAMALKAN

1. Sediakan diri untuk tidur

  • Pastikan anda dalam keadaan berwuduk, sebagaimana sunnah sebelum tidur.
  • Berbaring dengan selesa, menghadap ke kanan seperti dianjurkan dalam Islam.

2. Mulakan dengan doa tidur

  • Bacalah doa tidur yang biasa: “Bismika Allahumma amutu wa ahya.”
  • Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan aku mati.”

3. Amalkan zikir

  • Bacalah zikir “Ya Hayyu Ya Qayyum, ahdi laili wa a nim aini” secara perlahan dan penuh penghayatan.
  • Ulangi zikir ini beberapa kali dengan fokus kepada maknanya, iaitu menyerahkan urusan malam anda kepada Allah.

4. Bayangkan ketenangan

  • Bayangkan suasana yang menenangkan, seperti berada di tempat yang damai, sambil melepaskan segala tekanan kepada Allah.

5. Teruskan hingga mengantuk

  • Ulangi zikir ini hingga rasa mengantuk datang secara semula jadi. Tidak perlu memaksa diri.

6. Lakukan ini jika fikiran masih aktif

  • Gabungkan zikir ini dengan pernafasan dalam iaitu tarik nafas perlahan, baca zikir dalam hati dan hembuskan nafas sambil melepaskan tekanan.

Baca juga: Pegang Tubuh Yang Sakit & Bacalah Doa Ruqyah Untuk Diri Sendiri Ini, Semoga Peroleh Kesembuhan!

cara cepat tidur

Gambar hiasan: Jcomp

Zikir ini mengandungi dua nama Allah yang agung, Ya Hayyu (Yang Maha Hidup) dan Ya Qayyum (Yang Maha Berdiri Sendiri dan Mengurus). Di mana, kedua-duanya melambangkan pergantungan kita kepada-Nya dalam semua urusan.

Bila diamalkan dengan hati yang tenang, ia membantu menutup hari dengan penuh ketenteraman.

Jadikan zikir ini rutin malam. Insha Allah, tidur lebih lena, bangun lebih bertenaga dan jiwa lebih stabil. Seperti kata Mohd Nizam, tidur yang baik adalah ibadah dan zikir adalah kunci ketenangan.

Baca juga: Hukum Makan Masakan Orang Tak Solat Atau Tidak Tutup Aurat? Ini Penjelasannya!

Sumber: Facebook Mohd Nizam

FT Image: Jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×