Euforia Bola 2026
Rakyat

DBKL Tawar Rumah Mampu Sewa RM200 Untuk Lelaki Bujang – Lokasi Strategik, Perabot Lengkap & Dekat LRT!

perumahan dbkl

Berita baik untuk anak muda lelaki yang bekerja di Kuala Lumpur! Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini membuka permohonan perumahan DBKL Residensi Belia Cheras (RBC).

Ini merupakan sebuah inisiatif perumahan mampu sewa khas untuk lelaki bujang Malaysia berusia antara 18 hingga 40 tahun. Menarik bukan?

Baca juga: Ini 7 Kawasan Rumah Orang Kaya Di Malaysia, Hanya Mampu Berangan Bila Tengok Harga!

LELAKI BUJANG BEKERJA DI KL BOLEH MOHON SEWA RM200 PERUMAHAN DBKL, LENGKAP

perumahan dbkl

Foto: DBKL

Dengan kediaman lengkap berperabot, lokasi strategik dan sewa bulanan yang sangat berbaloi, RBC antara pilihan terbaik untuk yang sedang mencari tempat tinggal selesa di ibu kota.

Semua unit di RBC didatangkan dengan perabot asas yang memudahkan penghuni untuk terus pindah masuk tanpa perlu berbelanja besar. Lebih menarik lagi, banyak kemudahan turut disediakan seperti:

  • Surau
  • Kemudahan sukan
  • Dewan serbaguna
  • Pengawal keselamatan
  • Kemudahan lif

Yang paling penting sekali, sewa pula sangat mampu milik iaitu sebanyak RM200 sebulan untuk unit standard, manakala unit khas untuk OKU hanya RM130 sebulan.

Salah satu kelebihan terbesar Residensi Belia Cheras ialah lokasinya yang sangat selesa. Terletak hanya 120 meter dari Stesen LRT Cheras, penghuni boleh berjalan kaki sahaja untuk menaiki pengangkutan awam setiap hari. Memang jimat masa dan kos!

Cara & Syarat Kelayakan Pemohon

perumahan dbkl

Foto: DBKL

Untuk memohon, anda perlu memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang (belum berkahwin)
  • Berumur 18–40 tahun
  • Bekerja atau menjalani latihan industri di Kuala Lumpur
  • Tidak memiliki rumah dalam radius 35km dari pusat bandar
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000

DBKL memerlukan pemohon memuat naik dokumen lengkap dalam satu fail .rar atau .zip (WinRAR/WinZip), termasuk:

  • Gambar pasport
  • Salinan kad pengenalan (JPEG)
  • Sijil status bujang (majikan/JPN/imam/ketua komuniti)
  • Slip gaji terkini
  • Kad OKU (jika berkaitan)

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses sehingga semua dokumen lengkap dihantar. Semua permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui eperumahan.dbkl.gov.my . DBKL memaklumkan bahawa status permohonan akan dihantar melalui emel berdaftar pemohon.

*Sebanyak 490 unit ditawarkan, siapa cepat, dia dapat!

Baca juga: “Jangan Suruh Ambil EL!”- Staf Ada Cuti ‘Khas’ Untuk Bencana Alam Termasuk Banjir, Ini Borangnya..

Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×