Euforia Bola 2026
Inspirasi

Putera Sultan Pahang Sertai Polo Sukan SEA 2025, Tengku Muhammad Iskandar Ikut Jejak Ayahanda

tengku muhammad iskandar

Putera Sultan Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bakal mencipta langkah penting apabila dipilih mewakili skuad equestrian polo Malaysia ke Sukan SEA 2025 di Thailand.

Sukan SEA yang berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025 ini merupakan salah satu acara sukan yang dinantikan ramai dan lebih meriah dengan adanya penyertaan diraja sebegini.

Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Kerabat Diraja Pahang, Pasti Ramai Nak Tahu!

Putera Sultan Pahang Tengku Muhammad Iskandar, Ikut Jejak Ayahanda Ke Dunia Polo

tengku muhammad iskandar

Foto: BERNAMA

Tengku Muhammad Iskandar bukanlah nama asing dalam dunia polo. Baginda merupakan anakanda kedua kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17, dan sejak dari usia remaja sudah aktif menyertai program latihan polo serta pertandingan di dalam dan luar negara.

Minat mendalam baginda terhadap sukan berkuda diwarisi daripada ayahanda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga figura penting dalam perkembangan sukan polo tanah air.

Selain itu, baginda turut dikenali sebagai individu yang berdedikasi dan disiplin tinggi yang merupakan dua elemen penting yang sering menyerlah dalam gaya permainan baginda di padang.

Ayahanda yang pernah capai emas Sukan SEA 1983

tengku muhammad iskandar

Foto: Kesultanan Pahang

Lebih bermakna, penyertaan baginda kini seolah-olah menyambung legasi ayahanda, Al-Sultan Abdullah, yang pernah memenangi pingat emas polo Sukan SEA 1983 di Singapura. Detik bersejarah itu terus menjadi inspirasi generasi baharu atlet polo Malaysia, termasuk baginda sendiri.

Berpengalaman beraksi dalam beberapa kejohanan luar negara, Tengku Muhammad Iskandar dikenali dengan kemahiran mengawal kuda serta kemampuan membaca permainan dengan baik. Kecekalan dan fokus baginda menjadikan baginda antara bakat muda yang semakin meningkat naik dalam sukan ini.

Tidak hairanlah pemilihan baginda mendapat perhatian ramai kerana kehadiran baginda diyakini dapat mengukuhkan lagi taktikal dan dinamika pasukan.

Acara polo Sukan SEA tahun ini akan berlangsung di VS Sports Club dan Siam Polo Park, Samut Prakan, lokasi yang diiktiraf antara terbaik di Thailand dan kerap menjadi pilihan kejohanan antarabangsa.

Dengan padang yang berkualiti serta suasana yang lebih mencabar, atlet negara termasuk Tengku Muhammad Iskandar berpeluang menguji ketahanan mental dan fizikal serta meningkatkan keserasian sebagai sebuah pasukan.

Oleh itu, dengan dedikasi dan pengalaman yang dimiliki baginda, peminat sukan berkuda pastinya menantikan aksi penuh bergaya skuad polo negara di Samut Prakan nanti. Selamat berjaya!

Baca juga: ‘Prince Charming’ Di Alam Nyata, Ini Biodata Penuh Tengku Hassanal Yang Ramai Nak Tahu!

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×