Euforia Bola 2026
Inspirasi

Demi Anak Syurga..Ayah Hebat Ini Lari 21KM Bersama Anak Cerebral Palsy, Momen Di Garisan Penamat Buat Netizen Menangis

anak syurga

Memiliki anak syurga atau anak istimewa bukan alasan untuk hadkan kebahagiaan mereka. Itulah yang dibuktikan oleh seorang bapa, Wira Sudepja Rabu, yang tanpa jemu membawa cahaya matanya yang menghidap Cerebral Palsy Quadriplegia menyertai pelbagai aktiviti lasak termasuklah acara larian!

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana agaknya seorang anak istimewa ini dapat menyertai acara larian bersama bapanya? Berikut merupakan kisah yang sangat menyentuh hati.

Baca juga: Wanita Kongsi Kisah Anak Derita Cerebral Palsy Gara-Gara Pengasuh Suka Lambung & Biar Menangis

AYAH DUKUNG ANAK SYURGA HINGGA KE GARISAN PENAMAT LARIAN 21KM, UNDANG SEBAK

anak syurga

Foto: Tiktok @wiradihan

Baru-baru ini, nama ayah ini kembali menjadi bualan hangat selepas video bersama anak perempuannya, Nur Wadihan atau mesra dipanggil Dihan, tular di TikTok dan Instagram.

Dalam acara Standard Chartered Singapore Marathon (SCSM) 2025, Wira dilihat menolak kerusi roda khas Dihan sepanjang larian separuh maraton.

Dalam video yang dikongsikan orang awam, Wira bukan hanya menolak kerusi roda anaknya dengan penuh senyuman, malah mengangkat Dihan dengan begitu berhati-hati ketika menghampiri garisan penamat. Momen sebegitu yang penuh dengan kasih sayang, membuatkan ramai penonton sebak dan kagum dengan ketabahan seorang ayah.

Rata-rata warganet memuji semangat mereka berdua, malah menjadikannya inspirasi untuk terus menghargai keluarga walau apa jua cabaran yang datang.

Bukan Pertama Kali Sertai Larian Bersama

anak syurga

Foto: Tiktok @wiradihan

Menariknya, SCSM bukanlah acara pertama yang menyaksikan kehebatan duo ayah dan anak ini. Sebelum ini, Wira pernah menyertai Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) dengan menolak kerusi roda Dihan sejauh 21 kilometer.

Menurutnya, ia adalah janji yang ingin ditunaikan untuk menamatkan jarak penuh bersama anak syurganya itu.

Lebih membanggakan, Wira dan Dihan turut pernah menerima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) atas keberanian mereka menyertai acara duathlon menggunakan kerusi roda khas. Semangat dan kesungguhan mereka membuktikan bahawa kasih sayang keluarga mampu membawa seseorang sejauh yang tak disangka.

*Didoakan semoga gandingan hebat dua beranak ini terus sihat, ceria dan memberikan inspirasi buat mereka yang berada dalam situasi yang sama.

@wiradihan SC Singapore Marathon 2025 Daddy-Daughter Duo Finishing Apabila nama Dihan bergema di Kota Singa🥰 Anak Syurga Luar Biasa 🔥 #SCSM2025 #BikeIsAble #LunaStella #MYCP #AnakSyurgaLuarBiasa ♬ original sound – Wira Sudepja Rabu

Baca juga: “Adik Nak Lari Macam Dalam YouTube”- Kanak-Kanak Cerebral Palsy Sertai Larian Guna Walker, Buat Ramai Menangis Bangga

Sumber: Tiktok @wiradihan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×