Euforia Bola 2026
Asuh

Anak Lebih Setahun WAJIB Ambil Susu Full Cream & ‘Stop’ Minum Susu Formula, Dr. Jelaskan Sebabnya!

susu formula

Isu berkaitan susu formula dan susu full cream kembali hangat dibincangkan oleh warga maya, apabila perkongsian Dr. Suriyakhatun menjadi tular di media sosial.

Dalam hantaran terbarunya, beliau menegaskan bahawa kanak-kanak yang berusia lebih setahun sebenarnya tidak lagi memerlukan sebarang jenis susu formula, sama ada follow-on, toddler milk atau growing-up milk.

Baca juga: Rupanya Skop Kerja ‘Travel Nanny’ Bukan Macam Bibik Di Rumah, Sebelum Upah Sila Baca Panduan Ini Dulu

susu formula

Gambar hiasan: Marcy Hamilton.

Menurut beliau, cadangan ini bukan sekadar pandangan peribadi. Ia selari dengan saranan World Health Organization (WHO), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pelbagai badan pediatrik antarabangsa.

Anak yang sudah melepasi usia 12 bulan disarankan beralih kepada susu full cream atau susu berasaskan tumbuhan yang sesuai sekiranya mempunyai alahan.

Gula tersembunyi dalam susu formula

Antara perkara yang paling dibimbangi ialah kandungan gula tersembunyi dalam kebanyakan susu formula.

Ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa sukrosa, maltodekstrin dan sirap jagung ditambah bagi meningkatkan rasa. Kandungan gula ini boleh mencecah sehingga 12 gram bagi setiap 100 ml.

Kesan jangka panjang termasuk gigi cepat rosak, ketagihan makanan manis, obesiti dan risiko diabetes seawal usia kanak-kanak.

Susu full cream biasa atau susu plant-based tanpa gula tambahan hanya ada gula semula jadi laktosa (4–5 g/100 ml) yang jauh lebih rendah dan selamat.

Lemak tidak semula jadi dalam susu formula

Selain itu, Dr. Suriyakhatun turut menyentuh isu lemak tidak semula jadi dalam susu formula yang menggunakan campuran minyak sayuran diproses.

Berbeza dengan susu full cream yang mengandungi lemak semula jadi seperti CLA dan butirat, nutrien penting untuk perkembangan otak dan hormon kanak-kanak bawah lima tahun.

Anak bawah 5 tahun wajib ambil susu full cream (bukan low fat/skim)

  • Otak kanak-kanak memerlukan lemak tepu dan kolesterol untuk membina myelin (lapisan saraf) dan sistem hormon.
  • Kajian besar pada tahun 2021 (PATURE Study) mendapati kanak-kanak yang minum susu full cream cenderung lebih kurus dan mempunyai risiko obesiti yang lebih rendah.
  • Badan profesional seperti AAP, ESPGHAN dan KKM mengesyorkan susu full cream sekurang-kurangnya sehingga umur dua tahun, malah ramai pakar mencadangkan sehingga lima hingga tujuh tahun.

Susu formula boleh ganggu microbiome usus anak

  • Susu ibu kaya dengan HMO (prebiotik) yang membantu menghasilkan sehingga 90% bakteria baik seperti Bifidobacterium.
  • Susu formula pula hampir tiada HMO, menyebabkan bakteria baik menjadi rendah dan bakteria jahat lebih dominan dalam usus.
  • Kesan jangka panjang termasuk risiko lebih tinggi untuk alahan, ekzema, asma, obesiti serta penyakit usus kronik hingga dewasa.
  • Apabila berhenti susu formula dan anak mula menikmati pelbagai makanan pepejal, sistem usus biasanya mula pulih dalam tempoh 1 hingga 3 bulan.

Cadangan pengambilan susu full cream

Beliau mencadangkan anak yang tiada alahan untuk ambil susu full cream sekitar 350 hingga 500 ml sehari (1½–2 cawan). Malah, menggalakkan ibu bapa menghentikan susu formula sepenuhnya sebaik anak mencecah umur setahun.

Bagi anak yang alah susu lembu atau mahu plant-based, pilih susu berasaskan soya, oat atau pea protein yang diperkaya dan tanpa gula tambahan mempunyai label no added sugar atau unsweetened, boleh menjadi alternatif.

Baca juga: 5 Tip Ibu Ayah Wajib Buat Untuk Lindung Bayi Di Musim Hujan & Dalam Banjir, Semoga Sihat & Selamat!

susu formula

Gambar hiasan: Freepik.

Menariknya, ramai pakar pemakanan dan ibu bapa tampil menyokong kenyataannya. Ada yang berkongsi pengalaman anak lebih sihat selepas beralih kepada susu biasa, kurang sakit serta lebih berselera makan.

Nur Aisyah, “Terbaik Dr. I’m one of the dietitian support this.”

Bathra D’silva, “Agreed memang our pediatrician pun reccomended to stop fm aft 12 months.”

Azliana Jusnida, “This is actually the same recommendation for my daughter paediatrician here in New York prebysterian. We opted kendamil for susu formula sebab most formula ada corn syrup. After she turned 1 yo, we opted for normal full cream milk.”

Cik Puan Ueya, “Anak saya umur setahun saya ajar full cream. Memang tak beli formula. Alhamdulillah, anak jarang sakit. Makan pun selera. Saya anak ke-3 baru sedar benda ini. Sekarang, anak ke 4 saya lebih aware.”

Mia Svs, “Anak pertama dulu, saya tak ada ilmu pasal susu formula atas 1 tahun ini rupa-rupanya tak bagus sebab gula tinggi, jadi sekarang saya dah stop untuk guna susu formula.”

Kesimpulannya, selepas usia setahun, susu formula bukan lagi keperluan utama. Susu full cream atau alternatif plant-based tanpa gula tambahan, digabungkan dengan pemakanan seimbang, sudah mencukupi untuk tumbesaran anak yang lebih sihat.

Baca juga: Pentingnya Rakam Anak Kena Sawan, Tapi Lelaki Ini Tak Setuju & Dikritik Bagi Idea Masuk Paracetamol Ke Punggung!

Sumber: Facebook Dr. Suriyakhatun

FT Image: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×