Kerajaan Kelantan memperkenalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu bagi permohonan lesen mendulang emas mengikut Seksyen 28 Enakmen Mineral 2001. Melalui ketetapan terbaharu ini, hanya penduduk negeri Kelantan dibenarkan membuat permohonan bermula Januari akan datang.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan memaklumkan bahawa yuran bagi satu lesen mendulang emas ditetapkan sebanyak RM100 setahun dan perlu diperbaharui setiap tahun.
Baca juga: 7 Cara Jaga Pasangan Di Usia 30+ Supaya Cinta Kekal Menyala, Bukan Semakin Pudar…
LESEN MENDULANG EMAS RM100, HANYA RAKYAT KELANTAN BOLEH MOHON

Kredit: NST
Menurut beliau, lesen tersebut tidak boleh dipindahkan kepada individu lain, selain setiap pemohon hanya dibenarkan memegang satu lesen sahaja. Syarat umur minimum pemohon akan diumumkan kemudian.
Proses permohonan boleh dilakukan melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri atau PTG di setiap jajahan.
Beliau memaklumkan, aktiviti mendulang hanya dibenarkan antara jam 8 pagi hingga 6 petang, di kawasan tanah kerajaan yang bakal diwartakan di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli, lokasi yang dikenal pasti mempunyai prospek emas.
Kerajaan turut menetapkan larangan mendulang pada musim tengkujuh kerana ia dianggap satu kesalahan. Emas yang diperoleh pula hendaklah dijual kepada pembeli berlesen yang diiktiraf kerajaan negeri sahaja.
“Lesen tidak boleh dipindah milik dan setiap individu hanya dibenarkan memiliki satu lesen sahaja. Usia minimum pemohon lesen mendulang akan dimaklumkan nanti.
“Permohonan lesen boleh dibuat terus melalui PTG (Pejabat Tanah dan Galian) negeri atau di jajahan masing-masing,” jelasnya.
SOP baharu ini diwujudkan bagi memastikan setiap permohonan dan pengeluaran lesen lebih tersusun, serta menjaga kebajikan pendulang dan memelihara alam sekitar.

Kredit: Harian Metro
“Walaupun mendulang ini sudah lama wujud, sebelum ini ia tidak terurus dari segi kebajikan pendulang, kawal selia alam sekitar dan hasil negeri.
“Dengan SOP ini, kita dapat mengetahui jumlah pendulang sebenar, menjadikan ia sumber hasil negeri serta membuka peluang pekerjaan sampingan atau tetap kepada rakyat,” ujarnya.
Walaupun aktiviti mendulang telah lama diamalkan, sebelum ini tiada sistem pengurusan yang mampu mengawal aspek kebajikan pendulang, pemantauan alam sekitar dan hasil negeri dengan lebih efektif.
Dengan adanya SOP ini, kerajaan negeri dapat merekodkan jumlah sebenar pendulang, menjadikan kegiatan tersebut sumber pendapatan negeri serta membuka peluang kerja sampingan dan tetap kepada penduduk tempatan.
Dalam pada itu, individu yang ingin mendulang di tanah milik sendiri juga diwajibkan memohon lesen kerana aktiviti tersebut masih dikategorikan sebagai mendulang.
Baca juga: Rawatan Pergigian Bertukar Tragedi, Budak 4 Tahun Maut Bila Doktor Bius Lama & 18 Gigi Dirawat!
Sumber: Sinar Harian
