Euforia Bola 2026
Inspirasi

Warga Emas Derma Darah 78 Kali, Terima Pingat Emas & Diangkat Sebagai ‘Adiwira Sebenar’!

derma darah

Dalam dunia yang semakin sibuk dan penuh cabaran, masih ada insan-insan hebat yang diam-diam menyumbang bakti tanpa mengharapkan apa-apa balasan seperti derma darah untuk menyelamatkan nyawa.

Baru-baru ini, tular satu kisah menyentuh hati di laman Facebook Derma Darah Terengganu Kite apabila seorang warga emas, Sabri, menjadi perhatian ramai selepas rekodnya yang luar biasa, 78 kali menderma darah sepanjang hidupnya!

Baca juga: Ditinggal Isteri, Hidup & Belajar Dalam Penjara 3 Tahun..Lelaki Ini Berjaya Genggam Ijazah Sarjana UUM!

Pengorbanan Seorang Ayah Derma Darah 78 Kali Dihargai Dengan Pingat Emas

derma darah

Dalam perkongsian itu, pihak jabatan memaklumkan bahawa Sabri telah menerima pingat emas sebagai tanda penghargaan atas usaha murninya membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

Namun, 11 September 2019 menjadi tarikh terakhir beliau hadir ke pusat menderma darah kerana faktor kesihatan menyebabkan beliau tidak lagi layak meneruskan amalan tersebut.

Walaupun begitu, semangat Sabri tidak terhenti di situ. Anaknya, Eja, yang turut menjadi penderma tegar dengan rekod 12 kali derma, hadir mewakili ayahnya untuk menerima pingat tersebut.

Sebaik pulang ke rumah, Puan Eja menyerahkan pingat berkenaan kepada ayahnya sebagai tanda kasih dan penghormatan. Momen indah itu turut dikongsikan kepada pihak Derma Darah Terengganu Kite, mengundang rasa sebak dan inspirasi dalam kalangan warganet.

“Jasamu sentiasa dikenang, adiwira kami,” tulis pihak jabatan dalam hantaran tersebut.

Penghargaan Buat Semua ‘Adiwira’ Penderma Darah

derma darah

Foto semasa mengambil pingat.

Dalam masa sama, pihak jabatan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh penderma darah yang sentiasa konsisten membantu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Terima kasih kepada semua adiwira kerana sudi mendermakan darah walaupun tiada ganjaran nyata diberi. Hanya pahala yang berterusan buat kalian..” tulis mereka.

Mereka turut menyeru orang ramai agar meneruskan misi murni ini selagi diberi kesihatan dan kelapangan.

Kisah Sabri membuktikan bahawa satu tindakan kecil mampu memberi kesan yang besar kepada masyarakat. Pengorbanan beliau dan anaknya menjadi inspirasi untuk lebih ramai rakyat Malaysia tampil menjadi penyelamat nyawa. Jom, kita menderma darah!

Baca juga: “Daun Ketumbar Anti-Anxiety”– Pakar Dedah Khasiat Daun Ini Boleh Rawat Tekanan Mental

Sumber: Derma Darah Terengganu Kite

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×