Kebelakangan ini, isu masalah zakar mula dibicarakan secara lebih terbuka dan bukan lagi sebagai topik yang memalukan, tetapi sebagai medan ilmu dan kesedaran tentang tubuh badan sendiri.
Sama seperti organ lain, kesihatan zakar juga berubah mengikut fasa usia, aliran darah, hormon dan gaya hidup yang kita pilih sejak muda. Memahami perubahan ini bukanlah untuk menakutkan, tetapi untuk mendidik kita agar lebih cakna menjaga apa yang diamanahkan.
Baca juga: AWAS! Penetrasi Dari ‘Belakang’ 18x Berisiko Dijangkiti HIV, Termasuk 7 Kesan Bahaya Ini
MASALAH ZAKAR MENGIKUT UMUR DARI 20AN – 50AN
1. Umur 20-an: Faktor gaya hidup dan tekanan yang kadang jadi duri
- Walaupun masalah seperti disfungsi ereksi (ED) lazim dikaitkan dengan lelaki yang lebih berusia, kajian menunjukkan ED juga berlaku dalam kalangan lelaki muda bawah 40 tahun.
- Faktor yang biasa menyumbang pada umur ini adalah tekanan, kebimbangan prestasi, gaya hidup (merokok, kurang senaman, diet tak sihat), penggunaan dadah atau alkohol.
- Ada lelaki muda yang melaporkan kesukaran mendapat atau mengekalkan ereksi yang bukan kerana masalah fizikal kronik, tapi kerana stres, kebimbangan atau faktor psikologi.
- Apa yang boleh dibuat ialah jaga gaya hidup dengan berhenti merokok, kurangkan stres, tidur cukup, bersenam, komunikasi jujur dengan pasangan dan jika perlu, dapatkan nasihat kesihatan.
Pada usia 20-an, sedar bahawa zakar dan kesihatan seksual bukan automatik baik kerana penjagaan awal sangat penting.
2. Umur 30-an: Tekanan hidup dan tanggungjawab boleh beri kesan
- Kalau anda memasuki 30-an, beban kerja, tanggungjawab keluarga, tekanan hidup dan gaya hidup moden boleh beri kesan yang mana hormon, berat badan dan kesihatan vaskular mula memainkan peranan.
- Masalah seperti ejakulasi pramatang juga berlaku dalam umur dewasa muda hingga pertengahan umur, diperkirakan 30–40% lelaki mengalami ejakulasi pramatang pada satu tahap.
- Ejakulasi pramatang boleh disebabkan oleh kombinasi faktor seperti fizikal, hormon, serta tekanan mental atau psikologi.
- Apa yang boleh dibuat ialah perhatikan gaya hidup dengan kawal stres dan jaga kesihatan mental, jika perlu bincang dengan pakar (urologi/kaunseling) supaya anda boleh belajar teknik kawalan.
Dalam 30-an, badan mungkin masih kuat, tapi amanah dan tekanan hidup boleh beri kesan. Jadi, jangan pandang ringan masalah kecil.
3. Umur 40-an: Masalah vaskular dan hormon mula memberi kesan nyata
- Pada umur 40–49 tahun, ada kajian menunjukkan kadar ED sudah mulai lebih ketara. Satu kajian mendapati dalam 40–49 tahun, ada kadar ED dalam lingkungan ~ 6% (kadang 1–29% bergantung pada banyak faktor).
- Risiko meningkat dengan kehadiran penyakit metabolik atau vaskular seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi, yang semuanya boleh menjejaskan aliran darah ke zakar.
- Selain itu, faktor gaya hidup seperti kurang senaman, berat badan berlebihan, merokok, tekanan kerja dan kurang perhatian kesihatan sangat relevan.
- Apa yang boleh dibuat ialah rutin pemeriksaan kesihatan seperti cek gula, tekanan darah dan kolesterol; amalkan gaya hidup sihat dengan diet seimbang, senaman, kawal berat badan, elak rokok/alkohol; dan berbincang dengan pasangan serta doktor jika ada simptom.
Umur 40-an adalah masa sesuai untuk mula serius jaga kesihatan zakar kerana faktor fizikal mula beri kesan nyata.
4. Umur 50-an & ke atas: Perubahan hormon, risiko penyakit dan pentingnya kawalan kesihatan
- Menjelang 50-59 tahun dan ke atas, prevalensi ED meningkat dengan ketara. Satu kajian melaporkan antara lelaki ≥40 tahun, kadar ED adalah sekitar 33% dan bagi 50–59 tahun kadar boleh lebih tinggi.
- Penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, penyakit vaskular, kolesterol dan masalah prostat turut amat berperanan pada umur ini.
- Masalah lain seperti penurunan hormon testosterone, kadar aliran darah kurang baik, serta struktur tisu zakar yang berubah boleh menjejaskan fungsi seksual.
- Apa yang boleh dibuat ialah pemeriksaan kesihatan berkala (termasuk prostat & kardiovaskular), kawal penyakit kronik, kekalkan gaya hidup sihat, berbincang dengan doktor jika ada gejala kerana banyak rawatan moden mampu bantu.
Umur 50-an bukan bermakna “berakhir” kerana dengan penjagaan betul, banyak lelaki masih kekal sihat secara seksual dan fizikal.
Baca juga: Kulit Gatal Lepas Berkebun? Petik Saja Daun Senduduk, Sabun Semula jadi Ini Bantu Hilangkan Miang!

Gambar hiasan: wirestock
Kesimpulan
Masalah zakar bukan sesuatu yang “tunggu tua dulu”, ia boleh muncul sejak umur 20-an dan berubah ikut gaya hidup, kesihatan dan pilihan harian. Perkara paling penting:
- Kekalkan gaya hidup sihat sejak awal (pemakanan, aktiviti fizikal, elak rokok atau alkohol).
- Sentiasa peka dengan tanda-tanda awal seperti susah ereksi, ejakulasi terlalu cepat, keletihan, penyakit kronik.
- Jangan malu untuk berbincang bersama pasangan, atau dengan doktor kerana isu zakar dan seksual adalah sebahagian daripada kesihatan keseluruhan.
- Pemeriksaan kesihatan berkala sangat digalakkan seiring peningkatan umur.
Kesihatan seksual lelaki bukan sekadar soal prestasi, ia petanda kesihatan keseluruhan badan seperti jantung, hormon, minda dan gaya hidup. Jadi, jaga dari sekarang kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
Baca juga: Tiap Kali Joging Mesti Sakit Perut Belah Kanan, Boleh Elak Sebenarnya…Dengan 5 Tips Ini!
Sumber: Healthline / Gleneagles Hospitals / MDPI / Journals / PubMed
FT Image: Freepik

