Euforia Bola 2026
Nur

Ini 12 Pintu Penting Masjid Nabawi Wajib Save Bila Di Madinah, Dari Lokasi Shopping Hingga Aiskrim Viral!

pintu masjid nabawi

Bila sebut sahaja Masjid Nabawi, mesti ramai yang terus terbayang suasana tenang dan payung gergasi yang megah. Masjid kedua paling suci bagi umat Islam ini bukan sahaja menjadi tempat ibadah, tetapi juga lokasi penuh sejarah yang wajib diterokai melalui pintu Masjid Nabawi.

Namun, sebut mengenai pintu masjid ini, ramai jemaah terutamanya yang pertama kali ke Madinah akan keliru dengan nombor-nombor pintu penting yang ada di sini.

Baca juga: Teknik ‘Layering’ Baju Bercuti Musim Sejuk Yang Sesuai Untuk Semua Umur, Confirm Tak Menggigil!

Senarai Pintu Masjid Nabawi Anda Kena Tahu Supaya Tak Pening, Bila Dah ‘Pakar’ Memang Seronok Berjalan!

pintu masjid nabawi

Foto: Penulis

Sebenarnya, setiap pintu atau gate ada fungsi dan kemudahan tersendiri. Kalau anda tahu lokasi ini, memang mudah semua urusan dari nak masuk bahagian wanita, nak cari tempat beli kurma, nak tunggu pasangan, cari aiskrim viral… semua ada! Jom simpan siap-siap.

1. Gate 13 – Pintu Utama Jemaah Perempuan

Ini pintu yang selalu digunakan jemaah wanita untuk masuk ke ruang solat. Mudah, dekat dan tidak sesak sangat berbanding pintu lain, terutamanya waktu puncak.

2. Gate 17 – Masuk Jemaah Perempuan / Akses Naik Ke Rooftop

Kalau nak solat di rooftop Masjid Nabawi, inilah pintu utama. Suasana rooftop sangat tenang, luas dan cantik terutama waktu Subuh dan Maghrib.

3. Gate 25 – Pintu Utama Jemaah Perempuan

Pilihan popular bagi jemaah wanita. Ramai mutawwif cadangkan pintu ini sebab laluan masuknya lebih tersusun.

4. Gate 29 – Laluan Ke Tempat Beli Kurma & Muzium

Nak beli kurma segar Madinah? Gate 29 memang terkenal sebab dekat dengan kawasan jualan kurma dan muzium berdekatan masjid.

5. As-Syafiyyah – Kawasan Sejarah Nabi

Ramai tak tahu kawasan As-Syafiyyah ini dekat dengan tapak sejarah penting, termasuk lokasi peristiwa zaman Rasulullah SAW. Kalau ada masa, wajib singgah.

6. Gate 310 – Akses Buggy Ke Masjid Quba

Siapa yang nak ke Masjid Quba dengan buggy (kereta kecil), di sinilah tempatnya! Dekat juga dengan Masjid Ghamamah, Masjid Saidina Abu Bakar serta lokasi ambil air zam-zam dalam jumlah besar.

7. Gate 316 – Ambil Al-Quran & Tafsir Baharu

Ramai jemaah suka pergi sini untuk dapatkan Al-Quran percuma, tafsir dan buku kecil ibadah. Dari sini juga adalah arah ke Pasar Bilal dan Taman Saqifah Bani Saidah.

8. Gate 328 – Deretan Kedai-Kedai Rasmi

Terbaik untuk beli barang berkualiti dan original seperti jubah, tasbih, sejadah, minyak wangi dan cenderahati.

9. Gate 330 – Pusat Perbelanjaan

Nak membeli-belah? Gate 330 adalah pintu paling dekat dengan pusat beli-belah dan kedai moden.

10. Gate 333 – Aiskrim Viral Madinah

Lalu sahaja terus, anda akan jumpa aiskrim viral yang selalu trending di media sosial! Sedap, murah dan memang wajib cuba.

11. Gate 338 – Tukar Duit & Abaya Murah

Gate ini terkenal sebab:

  • Tempat tukar duit
  • Abaya murah (SAR 100 boleh dapat 10 pasang!)
  • Spot menunggu suami/isteri sebab kawasannya terbuka & mudah dicari

12. Gate 364 – Perkuburan Baqi’

Inilah laluan terus ke Baqi’, kawasan perkuburan penuh sejarah yang menjadi tempat persemadian isteri-isteri Nabi, para sahabat dan ahli keluarga Baginda SAW.

pintu masjid nabawi

Foto: Emraz Travel & Tours

Tip Ekstra Untuk Jemaah Baru (Ramai Tak Tahu!)

1. Tangkap layar/screenshot peta Masjid Nabawi sebelum pergi sebab internet kadang-kadang perlahan.

2. Tengok nombor gate, bukan warna atau corak pintu (sebab banyak hampir sama).

3. Waktu puncak, pilih gate yang lebih jauh sedikit tapi kurang sesak kerana anda akan lebih cepat sampai!

4. Untuk jemaah wanita, datang 30–45 minit lebih awal sebab pintu tertentu ditutup bila penuh.

5. Kalau travel dengan keluarga, pilih satu gate sebagai ‘meeting point’ tetap.

pintu masjid nabawi

Foto Tiktok: Aiskrim rose viral

*Masjid Nabawi sangat luas dan setiap pintu ada kelebihan masing-masing. Bila anda tahu pintu-pintu penting ini, semua urusan jadi lebih teratur, cepat dan mudah. Simpan artikel ini untuk rujukan dan kongsikan kepada ahli keluarga yang akan ke Tanah Suci. Semoga dipermudahkan perjalanan ibadah kita semua. Aamiin…

Baca juga: Langit Biru, Istana Emas & Hidup Aman, Selamat Datang Ke Luxembourg…Negara Paling Kaya Di Dunia!

Sumber: Threads @ferrafaraa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×