Isu pemilihan makanan anak kini semakin mendapat perhatian apabila banyak kes menunjukkan bahan tertentu dalam makanan harian mampu memberi kesan besar kepada kesihatan mereka.
Pada usia yang sepatutnya dipenuhi keriangan, sebahagian kanak-kanak terpaksa berulang-alik ke hospital kerana masalah kesihatan yang berpunca daripada pemakanan mereka sendiri.
Baca juga: “Dia Yang Disiplinkan Seth & Didik Sepenuhnya..” – Shila Amzah Puji Ubai Pandai Jaga Anak Autism
MAKANAN ANAK BOLEH JADI ‘RACUN’, KESIAN ASYIK MASUK HOSPITAL

Freepik
“Racun itu bukan selalu datang dari luar. Kadang ia datang dari apa yang kita bagi anak makan setiap hari.”
Berikut beberapa jenis makanan anak perlu dielakkan demi kesihatan mereka.
1. Makanan proses
Makanan proses seperti sosej, nuget dan kentang gorang sering menjadi pilihan kerana mudah disediakan dan digemari kanak-kanak. Namun, ia mengandungi nitrit, pewarna dan bahan pengawet yang boleh terkumpul dalam tubuh dan mengganggu fungsi sel serta keseimbangan hormon.
2. Air manis & minuman kotak
Minuman yang kelihatan comel dan sesuai untuk kanak-kanak ini lazimnya memiliki kadar gula yang sangat tinggi. Pengambilan berlebihan bukan sahaja menjejaskan imun anak, malah meningkatkan risiko keradangan dan gangguan metabolik.
3. Makanan segera & hidangan bergoreng
Penggunaan minyak yang dipanaskan berulang kali dalam penyediaan makanan segera menghasilkan bahan kimia tertentu yang sukar diproses oleh tubuh. Pendedahan berterusan boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan organ.

Freepik
4. Mi segera & pelbagai snek berperisa
Kandungan MSG, pengawet dan garam natrium yang tinggi dalam makanan sebegini boleh mengganggu sistem saraf, menjejaskan fungsi buah pinggang dan memberi kesan kepada perkembangan anak jika diambil dengan kerap.
5. Gula-gula & makanan berwarna terang
Pewarna tiruan dan gula berlebihan dalam snek jenis ini dikaitkan dengan gangguan fokus, perubahan tingkah laku serta kesan jangka panjang terhadap kesihatan keseluruhan.
Walaupun kelihatan remeh, bahan-bahan dalam makanan ini boleh menjadi ‘racun senyap’ yang terkumpul sedikit demi sedikit.
Ramai ibu bapa mungkin pernah memberikan makanan tersebut tanpa sedar akan risikonya.
Baca juga: Kajian Dedah 5 Genetik Ibu Akan Turun Dekat Anak, Patutlah Sikap Mak & Anak Macam ‘Kembar’
Sumber: Facebook Brainy Brunch
