Euforia Bola 2026
Famili

Tak Ambil Bayaran & Dapat Cuci Kereta Percuma, Pemandu E-Hailing Jadi Hero Bantu Penumpang Bersalin Dalam Kereta

beranak dalam kereta

Individu yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, semestinya akan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Namun, tak semua orang dapat berdepan saat yang betul-betul mendebarkan seperti peristiwa pelanggan beranak dalam kereta ini.

Pada pagi Isnin sekitar jam 7.30 pagi, seorang pemandu e-hailing wanita melalui detik yang sukar dilupakan apabila penumpangnya beranak dalam kereta, ketika sedang menunggu pickup di Bandar Letat.

Baca juga: Remaja 16 Tahun Hilang, Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Jika Ada Maklumat Nor Adlina!

PEMANDU E-HAILING BERHADAPAN SITUASI PELANGGAN BERANAK DALAM KERETA

beranak dalam kereta

Tangkap layar dari perkongsian video Norwinn Mohammad.

Wanita itu muncul dalam keadaan sedang diangkat oleh beberapa ahli keluarga kerana sudah mahu bersalin. Tanpa melengahkan masa, pemandu berkenaan yang bernama Norwin Mohamad, 39, terus memulakan perjalanan ke Hospital Duchess of Kent.

Ketika dalam perjalanan, keadaan jadi semakin cemas. Wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an itu tiba-tiba melahirkan bayi di bahagian tempat duduk penumpang dan membuatkan suami dan bapa si ibu panik.

Namun bagi Norwin Mohamad, situasinya berbeza. Mungkin sebab pengalaman menjadi seorang ibu kepada lima anak, dia kekal tenang dan terus memandu sambil menenangkan keluarga yang cemas itu.

“Saya cuma kasihan melihat bayi itu kerana sebaik disambut oleh seorang wanita yang bersama mereka yang saya kira ‘bidan kampung‘, bayi itu tidak menangis.

“Saya tidak sempat mendapatkan maklumat mereka. Sebaik sampai di hospital, saya terus membawa kereta untuk dicuci. Saya harap bayi itu baik-baik saja,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bayangkan perasaan Norwin pada masa itu yang risau, cemas, simpati dan semuanya menjadi satu.

Baca juga: MyKad, Sijil Lahir & Dokumen Rosak Akibat Banjir? Jangan Panik, JPN Umum Penggantian Secara Percuma!

Lebih meruntun hati apabila dia melihat suami wanita itu sanggup menanggalkan bajunya untuk mengelap darah di tempat duduk kereta demi memastikan isterinya selesa.

Selepas tiba di hospital, keadaan keluarga itu masih penuh rasa bersalah. Mereka berkali-kali meminta maaf kepada Norwin kerana kenderaannya dipenuhi darah.

“Saya kata tidak apa sebab saya faham perasaan mereka,” katanya.

Bukan itu saja, Norwin juga tidak meminta sebarang bayaran perjalanan daripada penumpang tersebut kerana memahami keadaan mereka yang panik dan memerlukan bantuan segera.

Banyak pusat cuci kereta tawarkan servis cuci percuma kepada Norwin

beranak dalam kereta

Tangkap layar dari perkongsian video Norwinn Mohammad.

Kemudian, Norwin berkongsi pengalaman berharganya itu di Facebook miliknya sehingga membuatkan ramai tersentuh akan kebaikannya itu.

Hanya kerana satu posting di Facebook, beberapa pusat cuci kereta tampil menghulurkan bantuan dan menawarkan servis cuci percuma kepada Norwin. Dirinya sendiri terkejut dan tersentuh.

“Saya juga tidak sangka selepas memuat naik gambar di laman sosial, ada beberapa pusat cuci kereta menghubungi saya dan menawarkan bantuan mencuci kereta secara percuma.

“Mereka cakap mahu bantu kerana saya sudah bantu orang,” kongsinya lagi.

Menurutnya, wanita itu menahan kontraksi sejak jam 3 pagi, namun tidak dibawa ke hospital lebih awal kerana dipercayai merupakan warga asing.

Penulis telah meminta keizinan untuk menerbitkan kandungan cerita ini semula daripada puan empunya cerita. Semoga memberi manfaat untuk semua.

Baca juga: Selepas Hilang Seluruh Keluarga Akibat Covid-19, Cikgu Param Terbaring Lemah Kerana Tumor & Mohon Bantuan!

Sumber: Norwinn Mohammad / Harian Metro

FT Image: Norwinn Mohammad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×