Euforia Bola 2026
Asuh

“Adik Nak Lari Macam Dalam YouTube”- Kanak-Kanak Cerebral Palsy Sertai Larian Guna Walker, Buat Ramai Menangis Bangga

acara larian

Setiap orang diuji dengan cabaran hidup yang berbeza. Ada yang diuji dari segi kewangan, ada yang diuji emosi, dan ada juga yang diuji dari sudut kemampuan fizikal seperti kisah seorang kanak-kanak istimewa yang masuk acara larian ini.

Di sebalik keterbatasan dirinya sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), adik kecil bernama Zeeshan membuktikan bahawa keberanian dan kegigihan bukan milik orang dewasa sahaja. Kadang-kadang, semangat paling besar datang daripada tubuh kecil yang tidak pernah mengalah!

Baca juga: “Demi Kebahagiaan Anak Syurga”- Ayah Ini Dipuji Kayuh Basikal Bawa Anak Istimewa Naik Bukit Fraser

Tular Video Kanak-Kanak Cerebral Palsy Sertai Acara Larian Guna Walker Beroda, Undang Sebak

acara larian

Foto: Tiktok @zeeshan.rjs

Sebuah video yang tular di TikTok @zeeshan.rjs memaparkan detik menyentuh hati apabila seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan penghidap Cerebral Palsy (CP) dilihat dengan gigih menyertai acara larian.

Seawal dilepaskan dari garisan permulaan, Zeeshan berjalan laju menggunakan walker beroda, disambut sorakan dan tepukan orang ramai. Langkahnya perlahan, tetapi penuh keyakinan. Bercakap mengenai senyumannya pula… memang boleh cairkan hati sesiapa yang menonton.

Dalam video tersebut, ibu dan ayah Zeeshan sentiasa mengiringinya dari tepi, memberikan semangat sepanjang larian. Orang ramai pula menyokong tanpa henti, membuat suasana semakin menyentuh hati. Di ruangan kapsyen, keluarganya menulis kata-kata yang buat ramai sebak:

“Adik, kamu hebat sekali sudah sampai titik ini. Tak kisah progres sedikit atau banyak… kamu tetap juaranya!”

Tidak hairanlah video itu kini mencecah 8.2 juta tontonan dan lebih 1.6 juta tanda suka.

“Adik Pun Nak Lari… Tapi Pakai Walker” – Hasrat Sendiri Zeeshan

acara larian

Foto: Tiktok @zeeshan.rjs

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana kanak-kanak istimewa ini boleh masuk ke acara larian sebegini. Rupa-rupanya penyertaan ini bukan dirancang oleh ibu ayah, tetapi datang daripada kata-kata Zeeshan sendiri yang ketika melihat video larian kanak-kanak di YouTube, dia berkata:

“Adik pun nak lari macam tu… tapi pakai walker..”

Acara tersebut ialah Kids Dash BSB Night Run yang berlangsung di Jakabaring Sport City, Palembang, Indonesia pada 29 November lalu.

Sebelum mendaftarkan anaknya, ibu Zeeshan sempat bertanya kepada pihak penganjur sama ada penghidap Cerebral Palsy boleh menyertai. Jawapan pihak penganjur sudah semestinya membuatkan hati seorang ibu luluh dan terharu.

“Semua kanak-kanak boleh sertai. Tiada syarat tambahan, tiada batasan,” kata penganjur.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui mereka mengalirkan air mata ketika menonton video tersebut. Tidak hanya bangga dengan keberanian Zeeshan, ramai juga memuji ibu dan ayahnya yang sentiasa memberikan ruang, peluang dan keyakinan. Antara komen yang mencuri perhatian:

“Bukan siapa-siapa… tapi saya pun bangga. Adik hebat!”– netizen.

“Anaknya bintang, ibu bapanya galaksi. Kejayaan dia datang dari kasih sayang yang tak pernah putus,”– netizen.

“Ini bukan ketidakadilan. Ini cara Tuhan menunjukkan keadilannya. Kuncinya? Ikhlas..”– netizen.

Kisah Zeeshan bukan hanya tentang seorang kanak-kanak CP yang berani. Ini juga tentang:

    • Ibu ayah yang percaya anak mereka mampu
    • Masyarakat yang menyokong tanpa menyisihkan
    • Semangat luar biasa dalam tubuh kecil yang tak kenal putus asa
@zeeshan.rjs Adek… kamu hebat sekali sudah sampai titik ini, ga perduli sedikit atau banyak akan progress mu, tapi adek menunjukkan semangat itu. Bunda Papi Bangga sekali nak.. kamu JUARANYA !! #CapCut #celebralpalsy #spesicalgenetik #anakcp #pejuangcp ♬ suara asli – 🕊 – azizaaa🕊️

*Semoga kisah ini menjadi peringatan buat semua ibu ayah bahawa setiap anak itu istimewa. Bukan pada apa yang mereka tak boleh buat… tetapi pada usaha yang mereka berani cuba! Zeeshan…kamu jadi inspirasi!

Baca juga: Anak Tidur Ternganga Setiap Malam? Ini Risiko ‘Mouth Breather’ Boleh Rosakkan Wajah & Gigi Mereka!

Sumber: Tiktok @zeeshan.rjs

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×