Terkini, pihak polis sedang giat mengesan keberadaan Nor Adlina Hassan, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.
Menurut kenyataan rasmi, remaja tersebut kali terakhir dilihat di rumahnya di Taman Dalma sekitar jam 8 malam ketika keluar dari kediamannya.
POLIS MOHON KESAN NOR ADLINA, REMAJA 16 TAHUN YANG HILANG

Nor Adlina Hassan, remaja 16 tahun yang hilang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Naazron Abdul Yusof memaklumkan bahawa Nor Adlina dilaporkan hilang selepas keluar rumah di kawasan Semenyih.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, beliau turut berkongsi butiran fizikal remaja berkenaan bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti individu tersebut.
“Remaja itu berketinggian kira-kira 160 sentimeter dengan berat 40 kilogram, berambut lurus hitam dan mempunyai parut di pipi serta kelopak mata kanan.
“Ibu bapa Nor Adlina membuat laporan mengenai kehilangan remaja itu pada 7.40 malam Sabtu,” katanya dalam kenyataan itu.
Baca juga: Guru Agama Dipenjara & Disebat, Akibat Sentuh Pinggang Pelajar Perempuan Di Surau Sekolah!
Sehubungan itu, pihak polis kini memohon bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Nor Adlina agar segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
Orang ramai juga boleh menghubungi terus Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerusi talian 03-89114222, atau menghubungi pegawai penyiasat kes ini, Inspektor Hafifi Noni di nombor 0116-7793860.
Jika anda ternampak atau mempunyai petunjuk sahih, mohon jangan teragak-agak untuk tampil membantu. Keprihatinan anda mungkin jadi sinar harapan buat keluarga yang sedang menunggu kepulangannya.
Semoga Nor Adlina ditemui dalam keadaan selamat dan dilindungi walau di mana jua dia berada.
Sumber: Polis Daerah Kajang
FT Image: Polis Daerah Kajang
