Rezeki setiap orang berbeza, tetapi usaha yang konsisten sering menjadi pintu pembuka rezeki yang tidak ternilai. Perkongsian saudara Azril Nizam Jamaludin di Facebook baru-baru ini tentang makanan pantang untuk wanita yang sedang cuba mendapatkan zuriat, mendapat perhatian ramai.
Dalam hantaran tersebut, Azril menyenaraikan beberapa makanan yang sebaiknya dielakkan untuk meningkatkan peluang hamil. Selain itu, dia turut berkongsi tip pemakanan dan gaya hidup yang menyokong kesuburan.
Baca juga: Tiap Kali Joging Mesti Sakit Perut Belah Kanan, Boleh Elak Sebenarnya…Dengan 5 Tips Ini!
MAKANAN PANTANG UNTUK WANITA SEDANG CUBA DAPATKAN ZURIAT
Bukan sahaja warga maya terinspirasi, ramai yang berkongsi pengalaman peribadi mereka setelah mengubah diet mengikut cadangan tersebut. Ada yang berjaya hamil dalam masa beberapa bulan dan ada yang mengalami perubahan kesihatan positif.
Makanan paling pantang untuk wanita yang tengah cuba dapatkan zuriat
- Roti (apa jenis pun).
- Kuih-muih berasaskan tepung gandum.
- Semua jenis mee dan ramen,
- Gula yang mengandungi fruktosa.
- Susu pekat manis.
- Produk soya yang diproses seperti air soya, tofu dan tempe (tempe perlu dihadkan).
- Semua jenis makanan ultra-proses: kek ikan, nugget, makanan segera, ais krim, wafel, bijirin sarapan, keropok jajan dan sebagainya.
- Minyak bijirin seperti minyak bunga matahari, minyak kanola, minyak jagung dan minyak kacang soya.
- Marjerin (apa jenis pun).
- Minyak sawit yang digoreng berulang kali hingga gelap seperti petroleum.
- Buah-buahan tropika berlebihan had.
- Kopi lebih dari secawan sehari (kalau tak minum pun lebih baik, minum air kosong bermineral sahaja).
Tip pemakanan dan gaya hidup untuk TTC
- Utamakan makanan haiwan berprotein tinggi dan telur untuk kenyang
- Ambil sayuran hijau atas tanah dalam jumlah sederhana
- Kawal portion nasi agar tidak berlebihan
- Amalkan Intermittent Fasting (IF) sekurang-kurangnya 12 jam sehari pada waktu datang haid
- Boleh cuba IF lebih panjang apabila tubuh sihat
Baca juga: 9 Makanan Perlu Elak Jika Selalu Alami Perut Berangin & Gastrik, Wanita Ini Dedah Rahsia
Pengalaman warga maya selepas mengubah diet
“Sungguh! Saya TTC 9 tahun, nekad ubah pola pemakanan. Saya tinggalkan semua seperti tuan mention di atas, tak lama 3 bulan sahaja, selepas itu Alhamdulillah berjaya hamil,” kongsi Suhaila.
“Terima kasih share tuan. Saya nak tambah selain makan makananan sihat, terbaik disertai dengan tiap-tiap hari berjalan 30–40 minit,” komen Zera.
“Saya buat, sebulan lebih berjaya turun 10kg. Terus hamil, rajin bersenam dan buat IF. Semua dalam senarai itu saya buat. Sangat berkesan. Sekali-sekala berkorban lah sikit jika kita mahu sesuatu, usaha. Tak ada benda yang mudah. Buat IVF pun kena diet juga. Saya berjaya buktikan saya dan suami tidak mandul, cuma tidak dibenarkan hamil lagi atas masalah kesihatan,” cerita Yaya.
“Jika nak buat IVF pun, nurse suruh turunkan berat badan dulu, kedua-dua pasangan. Jika gagal, bertahun lah asyik temu janji,” nasihat Azrie.
Baca juga: Kulit Gatal Lepas Berkebun? Petik Saja Daun Senduduk, Sabun Semula jadi Ini Bantu Hilangkan Miang!
Sumber: Azril Nizam Jamaludin
FT Image: johanes widjaya / Zainab

