Euforia Bola 2026
Inspirasi

Majlis Graduasi Pelajar PPKI Ditemani Nenek Tersayang, “Comelnya… Momen Ini Buat Hati Cair!”

MAJLIS GRADUASI

Sebuah hantaran thread di media sosial meraih perhatian ramai apabila memaparkan momen indah seorang pelajar program pendidikan khas yang diraikan dalam majlis graduasi ditemani oleh insan yang paling dekat di hati, iaitu neneknya.

Pelajar tersebut, Insyirah Binti Mat Amin, hadir ke Majlis Graduasi Program Pendidikan Khas Integriti Daerah Kuala Selangor, dengan senyuman bangga sambil digenggam erat tangan nenek yang menjadi penyokong setianya sejak kecil.

Baca juga: Siti Nurhaliza Kini Profesor Adjung FPP UiTM, Sedia Kongsi Ilmu & Pengalaman Dunia Seni

MAJLIS GRADUASI PELAJAR PPKI BERSAMA NENEK TARIK PERHATIAN

MAJLIS GRADUASI

Threads

Gambar dan video yang dimuat naik pengguna media sosial itu mencetuskan rasa sebak dalam kalangan warganet. Ramai tersentuh melihat kasih sayang antara cucu dan nenek yang jelas terpancar pada hari penuh bermakna itu.

Menurut perkongsian tersebut, Insyirah kelihatan begitu ceria dan teruja. Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah kehadiran neneknya yang setia di sisi, menemani cucu melangkah menerima sijil, menjadi saksi kepada kejayaan yang dibina dengan penuh usaha serta ketabahan.

Warganet membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah, doa serta harapan agar Insyirah terus maju dalam pelajaran dan kehidupan. Ramai mengakui bahawa momen tersebut membawa mereka kembali mengenang pengorbanan insan tua yang sering menjadi tulang belakang dalam keluarga.

MAJLIS GRADUASI

Bagi ramai orang, kehadiran ibu bapa di majlis graduasi merupakan satu kebiasaan. Namun bagi Insyirah, momen ditemani nenek tersayang menjadikan detik konvokesyen itu lebih istimewa dan sarat emosi.

Kasih nenek yang mendidik dengan sabar, menjaga tanpa lelah dan memberi semangat tanpa putus akhirnya terbalas dengan melihat cucu kesayangannya berdiri megah di pentas graduasi.

Majlis Graduasi Program Pendidikan Khas Integriti Daerah Kuala Selangor ini bukan sekadar menandakan kejayaan akademik, tetapi juga menjadi saksi hubungan kasih antara dua generasi, cucu yang gigih dan nenek yang tidak pernah berhenti menyokong.

Tahniah Insyirah Binti Mat Amin atas pencapaian ini. Semoga perjalanan pendidikan dan masa depanmu terus dipenuhi kejayaan, kebaikan dan keberkatan.

Baca juga: Graduan UTM Berjaya Rangkul PhD, ‘Hidup’ Dengan Gangguan Bipolar & Autisme Bukan Alasan…

Sumber: Threads Amin Sawah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×