Berhempas-pulas belajar, tapi keputusan peperiksaan masih tak berubah adalah sangat memenatkan. Dalam era digital hari ini, belajar cara lama semata-mata memang tak lagi cukup untuk bersaing. Namun, seorang pelajar SPM yang berjaya meraih straight A dalam SPM 2023/2024 ini tampil berkongsi rahsia kejayaannya menggunakan channel YouTube SPM.
Paling mengejutkan, tuisyen ini tidak mahal dan semuanya bermula dengan satu platform yang percuma dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja!
26 Saluran Channel Youtube SPM Paling Mantap, Dari 4A Semasa Percubaan Terus Melonjak Ke Straight A

Foto: Tiktok @winterrika
Pelajar ini mendedahkan dalam satu perkongsian di TikTok bahawa keputusan percubaan SPMnya hanya 4A daripada 9 subjek. Tetapi dengan strategi belajar menggunakan video YouTube, dia berjaya melonjak ke Straight A dalam peperiksaan sebenar.
Untuk memudahkan pelajar lain, dia turut menyenaraikan 26 saluran YouTube terbaik yang membantunya skor cemerlang. Senarai Channel YouTube mengikut subjek:
1.Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Sejarah
4. Matematik
5. Matematik Tambahan
6. Prinsip Perakaunan
Ms Niessa Cikgu Pakar Kira Kira
7. Fizik
8. Kimia
9. Biologi
10. Pendidikan Islam

Foto hiasan.
*Jika ada anak-anak sedang atau bakal menghadapi SPM, boleh cuba rujuk saluran-saluran ini sebagai sumber alternatif pembelajaran. Percuma, mudah diakses dan dijamin lebih mudah hadam berbanding nota semata-mata.
Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan lain semoga lebih ramai anak-anak dapat manfaat dan capai keputusan cemerlang!
Baca juga: Wow! Empat Universiti Malaysia Tersenarai Dalam 150 Terbaik Dunia Oleh QS World Rankings 2026
Sumber: Tiktok @winterrika
