Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Ramai Terpegun Lantai Berkilat, Wanita Kongsi Teknik Mop 4x Sehari & Cuci Tandas Tanpa Bahan Kimia Keras!

cara bersihkan tandas

Dalam perkongsian asal oleh Afiafifah Afwan (dikongsi semula oleh Orked Zalea), ramai yang terkejut apabila dia mendedahkan rutinnya tentang cara bersihkan tandas dan teknik mop yang menjadikan rumah sentiasa bersih tanpa menggunakan bahan kimia keras. Katanya, teknik ini bukan sahaja lebih selamat untuk paru-paru, malah menjadikan hasilnya lebih berkilat dan tahan lama.

Di mana, ramai ibu-ibu yang bertanya bagaimana dia boleh mop rumah sehingga empat kali sehari dan masih kekal bertenaga. Jawapannya sebenarnya ringkas, tetapi sangat kemas dan sistematik.

Baca juga: Nak Kurangkan Barang Tapi Tak Tahu Nak Mula Dari Mana? Wanita Ini Kongsi Cara Paling Tenang Tapi Lancar

CARA BERSIHKAN TANDAS TANPA BAHAN KIMIA KUAT & TEKNIK MOP LANTAI 4X SEHARI

cara bersihkan tandas

Gambar: Afiafifah Afwan

Membersihkan tanda tanpa bahan kimia kuat

1. Basuh tandas dengan air sahaja

Mulakan dengan membilas seluruh permukaan tandas menggunakan air. Basahkan dinding, lantai serta kawasan yang sering kotor sebelum mula menggosok.

2. Gosok menggunakan magic sponge

Fokus pada bahagian berdaki seperti dinding, tiles dan celah-celah kekuningan. Magic sponge membantu menanggalkan kotoran degil tanpa perlu bahan kimia. Bila permukaan tiles terasa kesat ketika dipijak, itu tanda kotoran sudah hilang sebab itulah hasilnya boleh berkilat.

3. Bancuh sabun Zip dengan air

Jirus bancuhan sabun ke seluruh tandas dan bilas sehingga semua kesan kotoran tertanggal. Berus kecil boleh digunakan untuk menggosok celah tiles agar kembali putih bersih.

Namun, jika “daki air mati” masih tidak hilang, Afiafifah menasihatkan agar grout ditukar baru; ia boleh dibeli di mana-mana hardware.

Cara mop rumah 4x sehari

1. Guna flat mop kerana kain boleh tanggal

Setiap kali selepas mop, kain mop terus direndam dalam air sabun, diberus dan dibersihkan betul-betul. Ini memastikan air mop seterusnya tidak kotor.

2. Jangan guna sabun terlalu banyak

Cukup 1/4 penutup sabun dicampur dengan 1/2 baldi air. Katanya, penggunaan sabun yang sedikit tetapi konsisten sudah mencukupi untuk mop empat kali sehari.

3. Guna air panas untuk dapur

Rumah jenis open kitchen cepat berminyak, jadi dia gunakan air panas supaya kotoran minyak lebih mudah tanggal.

Baca juga: Cantik Saja Tak Cukup Kalau Tiada Berkat, Pakar Kongsi 7 Prinsip Susun Atur Rumah Berpandukan Al-Quran!

cara bersihkan tandas

Gambar Afiafifah Afwan: Bahan dan produk yang digunakan Afiafifah untuk membersihkan rumahnya.

Dapur lebih bersih dengan sabun pinggan

Untuk bahagian dapur, Afiafifah hanya menggunakan sabun cuci pinggan di atas tabletop. Langkah ini lebih mudah kerana sabun pinggan memang direka untuk melarutkan minyak dengan cepat.

Vacuum kegemarannya yang paling berbaloi

Menurutnya, vacuum terbaik yang pernah digunakan ialah Samsung berharga sekitar RM395.

  • Suction kuat 1800W
  • Hos panjang dan mudah menjangkau kawasan jauh
  • Tidak menggunakan bag, jadi lebih mudah dibersihkan

Tip penting: jangan guna vacuum lebih 20 minit tanpa henti supaya motor tahan lebih lama.

Baca juga: Cara Mudah Hilangkan 15 Jenis Kotoran Jahat Dengan Guna Bahan Dapur, Tips Biasa Orang Dulu-Dulu Pakai!

Sumber: Afiafifah Afwan (Orked Zalea)

FT Image: Afiafifah Afwan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×