Euforia Bola 2026
Rakyat

Tandas Awam Di Perlis Ini Viral Sebab Terlalu Cantik & Estetik, Ramai Siap Puji Cleaner – “Macam Hotel!”

tandas awam

Kalau sebut tandas awam, ramai mungkin terus terbayang keadaan kurang selesa, berbau atau kemudahan yang tidak dijaga dengan baik bukan? Namun lain pula ceritanya dengan sebuah tandas awam di Perlis ini yang kini tular kerana reka bentuknya yang moden, cantik dan sangat bersih.

Baca juga: Pengguna LRT Boleh Tarik Nafas Lega, 26 Tren Baharu Laluan Kelana Jaya Bakal Beroperasi Bermula 2029!

TANDAS AWAM DI PERLIS RAIH PERHATIAN NETIZEN

tandas awam

Foto: Threads @zakwan.syazani

Sebuah tandas awam di Taman Sena Square, Kangar, Perlis menjadi perhatian ramai selepas gambar tandas tersebut dikongsikan di Threads oleh pengguna @zakwan.syazani.

Sekali pandang, bangunan tersebut langsung tidak kelihatan seperti tandas awam biasa.

Dengan konsep moden minimalis berwarna putih bersih, reka bentuk bumbung condong serta pencahayaan warm lighting pada waktu malam, ramai menyangka ia merupakan sebuah kafe hipster atau premis baharu.

Di bahagian hadapan, papan tanda “Tandas Awam” yang bercahaya menyerlahkan lagi penampilan eksklusif bangunan tersebut

Bahagian Dalam Pula Nampak Macam Tandas Hotel

tandas awam

Foto: Threads @zakwan.syazani

Bukan sekadar cantik di luar, bahagian dalam tandas ini juga menerima pujian ramai kerana kelihatan sangat bersih, selesa dan teratur.

Lantai jubin bercorak yang membuatkan tandas itu nampak elegan, manakala dinding berwarna putih membuatkan ruang nampak lebih luas dan mewah seperti tandas hotel atau pusat beli-belah premium.

Konsep siling tinggi bersama kipas bersaiz besar turut membantu memastikan pengudaraan sentiasa baik dan tidak berbau.

Ruang sinki pula menggunakan sinki moden, cermin panjang serta lampu yang menaikkan lagi suasana estetik dalam tandas tersebut.

Tandas Awam Mesra OKU & Keluarga

tandas awam

Foto: Threads @zakwan.syazani

Selain cantik dan bersih, tandas awam ini turut menyediakan kemudahan mesra OKU dan keluarga.

Tandas khas OKU dibina lebih luas lengkap dengan pemegang keselamatan, sinki khas dan ruang yang memudahkan pergerakan pengguna kerusi roda.

Terdapat juga kemudahan untuk ibu bapa seperti ruang menukar lampin bayi.

Kemudahan yang disediakan membuatkan ramai pengguna memuji usaha pihak yang menguruskan tandas awam tersebut kerana mementingkan keselesaan semua golongan.

Netizen Kagum, Siap Ada Yang Ingat Kafe Baru!

Perkongsian mengenai tandas awam ini turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang kagum dengan tahap kebersihan dan fasiliti yang disediakan. Antara komen yang mencuri perhatian ialah:

Punya lawa sampai ada orang ingat kafe baru buka

Saya bg 5 bintang, bersih wangi dan selesa..moga berkekalan bersih macam ni smpai bila-bila ”

Dalam masa sama, ramai turut mengingatkan orang ramai supaya bersama-sama menjaga kebersihan tandas awam tersebut agar sentiasa berada dalam keadaan baik.

Cantiknya dah macam rumah agam huhu. Apa pun usaha yang dilakukan semoga berbaik kebaikan. Dan paling penting yang guna harta dan tandas awam ni pun kena jaga elok-elok juga ya. Jaga kebersihan macam mana orang lain usahakan.

Rata-rata netizen berharap lebih banyak tandas awam di Malaysia dapat dibina dan dijaga dengan standard seperti ini.

Kemudahan awam yang bersih, cantik dan selesa bukan sahaja memberikan pengalaman lebih baik kepada pengguna, malah mampu meningkatkan imej sesuatu kawasan serta menunjukkan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kebersihan awam.

Baca juga: Marah Basikal Terkena Kaki, Pelajar Tingkatan 5 Tendang Budak 10 Tahun Hingga Patah Rahang

Sumber: Threads @zakwan.syazani

FT Images: Threads @zakwan.syazani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×