Kerajaan kini sedang merangka langkah baharu bagi melindungi golongan muda di Malaysia daripada keburukan media sosial. Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, kerajaan menyasarkan untuk menguatkuasakan larangan membuka akaun media sosial kepada individu berusia bawah 16 tahun bermula tahun depan.
Ini merupakan pengumuman yang disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan ibu bapa!
Baca juga: Permohonan Pengawas STPM 2025 Dibuka! Ini Syarat, Tarikh & Cara Mohon…Elaun Menarik Menanti!
KEBURUKAN MEDIA SOSIAL MAKIN MENINGKAT, UMUR 16 TAHUN KE BAWAH DILARANG ADA AKAUN MULAI 2026

Foto: Utusan Malaysia (Fahmi Fadzil)
Katanya dalam laporan menerusi Berita Harian, langkah ini dibuat selepas keputusan Kabinet yang melihat peningkatan jenayah siber melibatkan semua peringkat umur termasuk ancaman terhadap kanak-kanak seperti pemangsa seksual, buli siber dan penyebaran kandungan tidak sesuai.
“Kita harap menjelang tahun depan, platform media sosial akan akur dengan keputusan kerajaan untuk melarang kanak-kanak bawah 16 tahun membuka akaun media sosial,” jelasnya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Seminar Kesedaran Penipuan Siber Komuniti India Lembah Pantai.
Kenapa perlu larangan ini? Kerajaan menegaskan bahawa langkah ini bukan sekadar meletakkan syarat umur semata-mata, tetapi melibatkan keselamatan jangka panjang.
Beberapa negara seperti Australia turut melaksanakan had umur penggunaan media sosial dan Malaysia kini sedang meneliti model serupa khususnya cara penguatkuasaan yang paling berkesan.
Pengesahan eKYC Mungkin Jadi Kewajipan

Foto: freepik
Salah satu mekanisme yang sedang dipertimbangkan ialah pengesahan identiti (eKYC) menggunakan dokumen rasmi seperti:
- MyKad
- Passport
- MyDigital ID
Langkah ini bakal menghalang pengguna bawah umur daripada membuat akaun palsu atau memintas syarat umur.
“Kita jangkakan platform boleh laksanakan mekanisme ini tahun depan. Jika kerajaan, badan kawal selia dan ibu bapa berganding bahu, kita dapat jadikan internet di Malaysia bukan sahaja pantas dan mampu milik, tetapi juga selamat — terutamanya untuk kanak-kanak,” katanya.
Apa kata netizen? Kebanyakan pengguna di media sosial menyambut baik cadangan kerajaan ini dan antara komen yang mendapat perhatian:
“Sokong larangan ni. Penting untuk lindungi anak-anak daripada risiko media sosial. Ibu bapa pun kena pantau betul-betul..”
“Anak bawah 16 memang tak faham semua risiko online. Banyak kes melibatkan kanak-kanak sekarang. Langkah ni bagus untuk tingkatkan kesedaran..”
Kesimpulannya, langkah ini dilihat sebagai usaha serius kerajaan untuk memastikan keselamatan digital generasi muda. Dengan dunia siber yang semakin mencabar, kerjasama antara kerajaan, pihak platform dan ibu bapa sangat penting untuk mewujudkan persekitaran internet yang lebih selamat untuk anak-anak.
Baca juga: “Buku RM2 Tapi Nilainya Besar”– Ibu Sebak Guru KAFA Koyak Buku Dibeli Anak Guna Duit Simpanan
Sumber: (Foto: Freepik), Berita Harian
