Euforia Bola 2026
Percutian

Teknik ‘Layering’ Baju Bercuti Musim Sejuk Yang Sesuai Untuk Semua Umur, Confirm Tak Menggigil!

pakaian musim sejuk

Musim sejuk antara waktu paling dinanti untuk melancong, tapi masalah utama rakyat Malaysia setiap kali melancong adalah pakaian musim sejuk yang terlampau tebal sangat sampai susah bergerak!

Sebenarnya, teknik berpakaian musim sejuk bukan pada berapa tebal baju, tetapi pada cara layering yang betul. Bila kena caranya, badan kekal panas, selesa dan tetap bergaya dalam semua cuaca – dari 15°C sampai -5°C.

Baca juga: Cipta Magis Bersama Anak-Anak Di 9 Lokasi Percutian Bagaikan Dunia Kisah Dongeng, Jadi Princess!

TEKNIK ‘LAYERING’ PAKAIAN MUSIM SEJUK SUPAYA TAK TERLAMPAU TEBAL ATAU NIPIS, TETAP BERGAYA!

pakaian musim sejuk

Foto: freepik

Di bawah ini ialah panduan lengkap dan ringkas ‘layering’ agar anda boleh melancong musim sejuk tanpa derita kesejukan!

Layering = Pakaian disusun 3 lapisan yang mempunyai fungsi berbeza.

  • Base Layer (lapisan dalam) → kekalkan haba & serap peluh
  • Mid Layer (lapisan tengah) → perangkap haba
  • Outer Layer (lapisan luar) → lindungi daripada angin, hujan & salji

Kalau cuaca makin dingin, anda tambah satu lapisan. Kalau panas, kurangkan.

1. Base Layer – Lapisan Paling Penting Untuk Elak Badan Membeku

Ini lapisan yang menyentuh kulit, jadi mesti ringan, panas dan cepat kering. Paling ramai orang silap di sini adalah pakai cotton. Cotton memerangkap peluh dan buat badan lagi sejuk.

Jenis Base Layer Terbaik:

  • Heattech / Thermal (Uniqlo, Decathlon)
  • Merino Wool (paling hangat & tak berbau)
  • Polyester thermal

Tip Penting:

  • Pilih yang fit pada badan, bukan longgar
  • Jangan pakai cotton

2. Mid Layer – Lapisan Yang Memerangkap Haba

Ini lapisan untuk ‘tahan sejuk’ sebenar.

Pilihan Mid Layer Terbaik:

  • Fleece (ringan, sangat panas)
  • Knitwear / sweater wool
  • Down jacket nipis (ultra light down)

Tip Penting:

  • Untuk suhu 5°C ke bawah, fleece + thermal adalah kombinasi paling power
  • Elak sweater cotton berat

3. Outer Layer – Perisai Utama Daripada Angin & Hujan

Lapisan ini tak semestinya tebal. Yang penting windproof & waterproof.

Pilihan Outer Layer:

  • Winter coat / parka
  • Windbreaker tebal
  • Down jacket tebal
  • Trench coat + inner heattech

Situasi:

  • Kalau bercuti di Korea/Jepun musim sejuk ringan (0°C – 10°C) → coat biasa cukup
  • Kalau ke Eropah, negara -5°C ke bawah → pilih down jacket

4. Item Tambahan Untuk Elak Rasa Sejuk Melampau

  • Heat Pack / Pocket Warmer: Letak dalam poket atau di dalam jaket – membantu boost suhu badan.
  • Scarf: Menutup bahagian leher membantu tahan sejuk sehingga 40%.
  • Sarung tangan: Pilih yang touchscreen-friendly supaya tak perlu buka-buka.
  • Topi / beanie: 40% haba badan hilang dari kepala.
  • Stokin tebal : Wool atau thermal, bukan cotton.
  • Kasut bertapak tebal : Elak kasut berlubang seperti sneakers mesh.

Contoh Set Layering Mengikut Suhu

1. 10°C – 15°C

  • Thermal
  • Knitwear / fleece nipis
  • Coat nipis / windbreaker

2. 0°C – 10°C

  • Thermal
  • Fleece
  • Winter coat
  • Scarf + sarung tangan

3. -5°C ke bawah

  • Thermal
  • Fleece tebal
  • Down jacket / parka
  • Heat pack + aksesori penuh
pakaian musim sejuk

Foto: freepik

*Mudah sahaja bukan? Tak perlu terlampau tebal sampai nampak macam patung ‘Michelin’, guna teknik macam ini sudah cukup untuk selesa bermain salji.

Baca juga: Langit Biru, Istana Emas & Hidup Aman, Selamat Datang Ke Luxembourg…Negara Paling Kaya Di Dunia!

Sumber: Tiktok @betweenpassport

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×