Euforia Bola 2026
Percutian

Musim Sejuk Tak Jadi Masalah! Panduan Lengkap Bawa Anak Bercuti Ke Negara Sejuk

BERCUTI KE NEGARA SEJUK

Bercuti ke negara sejuk bersama anak-anak merupakan satu pengalaman menyeronokkan dan boleh menjadi kenangan keluarga yang bermakna.

Namun, cuaca sejuk boleh memberi cabaran besar, terutamanya kepada kanak-kanak yang belum terbiasa dengan suhu rendah. Oleh itu, berikut merupakan panduan dan senarai keperluan penting yang wajar dibawa oleh ibu bapa ketika bercuti ke negara sejuk bersama anak-anak.

Baca juga: Senarai Gunung Paling Seram Dengan Kisah Kehilangan, Ramai Kata Ada Penunggu Misteri!

BERCUTI KE NEGARA SEJUK DENGAN ANAK? BACA DULU TIPS INI

BERCUTI KE NEGARA SEJUK

Freepik

1. Pakaian yang sesuai

Pakaian berlapis (layering) amat penting untuk memastikan anak kekal panas. Antara pakaian yang disarankan:

  • Baju dalam jenis thermal atau heattech
  • Sweater dan jaket tebal (sebaiknya kalis air)
  • Seluar tebal seperti snow pants
  • Stokin bulu atau fleece
  • Sarung tangan
  • Topi penutup kepala dan telinga
  • Muffler atau penutup leher

Lapisan pakaian yang lengkap dari kepala hingga kaki akan membantu mengelakkan anak terkena hipotermia atau ketidakselesaan akibat sejuk melampau.

2. Ubat-ubatan asas 

Bawa bersama ubat demam, batuk, selesema, minyak angin, balm bayi, termometer dan plaster luka. Perubahan cuaca boleh menyebabkan ketahanan badan anak terganggu, jadi keperluan perubatan asas ini sangat penting.

3. Bercuti ke negara sejuk – pelembap dan pelindung kulit

Kulit kanak-kanak mudah kering dan merekah dalam cuaca dingin. Ibu bapa disarankan untuk membawa losyen badan, krim muka dan lip balm.

Barang keperluan untuk bayi pula, ibu boleh membawa sapuan petroleum jelly atau krim ruam untuk membantu mengelakkan kulit melecet akibat cuaca kering.

4. Makanan ringan dan snek kegemaran anak

Sediakan snek mudah seperti biskut, coklat, roti atau makanan segera yang boleh disediakan dengan cepat. Ini berguna ketika anak lapar dalam perjalanan, terutamanya jika mereka kurang selera dengan makanan tempatan.

5. Permainan dan aktiviti ringan

Bagi mengelakkan anak bosan ketika transit atau berada di tempat awam, bawa buku, mainan kecil dan gajet yang sesuai (berserta headphone). Aktiviti ringkas ini boleh membantu anak kekal tenang sepanjang perjalanan.

6. Bercuti ke negara sejuk – peralatan bayi

Jika anak masih kecil, pastikan keperluan seperti lampin pakai buang, tisu basah, alas tukar lampin, susu formula, botol susu, makanan bayi dan termos air panas dibawa.

BERCUTI KE NEGARA SEJUK

Freepik

7. Kasut yang sesuai dan selamat

Bercuti ke negara sejuk, anda perlu memakai kasut bertutup, kalis air dan mempunyai tapak yang tidak licin. Elakkan kasut jenis kain atau bertapak nipis kerana kanak-kanak akan mudah tergelincir di atas salji jika kasut tidak sesuai.

8. Pakaian ganti dalam beg

Sediakan satu set pakaian ganti dalam beg mudah capai untuk perjalanan jarak jauh kerana risau si kecil muntah atau berlaku situasi tidak dijangka.

9. Dokumen penting dan insurans perjalanan

Pastikan pasport sah tempoh, visa lengkap (jika diperlukan), dan dokumen perjalanan seperti insurans dilindungi. Simpan salinan digital sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kecemasan.

Bercuti ke negara sejuk bersama anak-anak menuntut perancangan rapi, terutamanya dari aspek keselesaan dan keselamatan mereka. Apabila anak berada dalam keadaan selesa, ibu bapa juga dapat menikmati percutian dengan tenang dan gembira.

Baca juga: Trick Duduk Hotel 5 Bintang Tapi Harga ‘Bajet’, Kena Buat Macam Wanita Ini Kongsi!

Sumber: Getaway

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×