Memperkenalkan anak kepada sejarah Islam tidak semestinya melalui buku sahaja. Ramai ibu bapa kini memilih trip ziarah masjid sebagai aktiviti percutian kerana ia bukan sahaja menyeronokkan, tetapi turut membuatkan anak melihat sendiri seni bina Islam, kisah para ulama dan sejarah yang terbina pada setiap rumah Allah.
Berikut ialah senarai masjid dalam dan luar negara yang sesuai untuk dikunjungi bersama anak-anak bagi menambah ilmu serta menghayati keindahan Islam.
TRIP KE MASJID SAMBIL BERCUTI DAPAT MENDALAMI SEJARAH ISLAM

Gambar Gokhan Dilben: Masjid Al-Bukhary, Kedah
1. Masjid Al-Bukhary, Kedah
Masjid yang sering dipuji kerana seni bina gaya Uzbekistan, lengkap dengan pintu kayu ukiran dan kaligrafi cantik.
2. Masjid Putra, Putrajaya
Masjid merah jambu ini bukan sahaja cantik, tetapi sarat dengan elemen seni bina Parsi. Persekitaran tasiknya menenangkan dan sesuai untuk aktiviti keluarga.
3. Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Masjid ini diinspirasikan daripada Masjid Biru Istanbul. Ruang dalamannya sangat luas dan mempunyai hiasan kaligrafi yang boleh dijadikan sesi pembelajaran anak.
4. Masjid Kristal, Terengganu
Seni bina kaca dan kristal menjadikan masjid ini unik. Dalam kawasan Taman Tamadun Islam, anda boleh bawa anak melihat replika masjid-masjid dunia juga.
5. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Dikenali sebagai Masjid Biru, masjid ini mempunyai kubah biru terbesar di Malaysia. Kanak-kanak boleh mempelajari seni bina Melayu & Timur Tengah yang digabungkan dengan amat indah.
Baca juga: Malaysia Sambut Pasangan Panda Gergasi Baharu, Ramai Anak-Anak Dah Melompat Nak Pergi Zoo Negara!

Gambar LRA62428: Masjid Cordoba (Mezquita), Sepanyol
1. Masjid Cordoba (Mezquita), Sepanyol
Dulunya masjid terbesar di Eropah pada zaman Andalusia. Anak-anak boleh belajar tentang sejarah Islam di Sepanyol ratusan tahun lalu.
2. Masjid Nabawi, Madinah (Arab Saudi)
Tempat Rasulullah SAW dimakamkan. Kanak-kanak dapat memahami perjalanan dakwah Nabi dan melihat taman-taman di Raudhah.
3. Masjid Sultan Ahmed (Blue Mosque), Istanbul (Turki)
Masjid berwarna biru ini sarat sejarah empayar Uthmaniyyah. Sangat sesuai untuk mengajar anak tentang zaman kegemilangan Islam.
4. Masjidil Haram, Mekah (Arab Saudi)
Destinasi utama umat Islam. Di sinilah kisah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail bermula. Menziarahinya memberi pengalaman spiritual yang sangat besar.
5. Masjid Xi’an Great Mosque, China
Masjid berusia 1,300 tahun dengan seni bina tradisional Cina menunjukkan bagaimana Islam berkembang di Timur.
Baca juga: KakakNorway Berkongsi 11 Makanan Halal & Popular Di Norway, Kalau Bercuti Di Sana Memang Wajib Cuba!
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.
Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Sumber: Malaysia Travel
FT Image: Gokhan Dilben / Pinterest
