Euforia Bola 2026
Rakyat

Purata IQ Rakyat Malaysia Tersenarai Antara Paling Pintar Dunia, Kini Melonjak Ke Tangga Ke-22!

ranking IQ dunia

Tahukah anda, dalam ranking IQ dunia, Malaysia kini berada dalam kelompok 25 negara teratas dunia yang mempunyai purata tertinggi?

Berdasarkan laporan terbaharu daripada laman analisis global Ranking Royals, kedudukan Malaysia meningkat ke tangga ke-22 dunia, sekali gus menjadi negara ketiga paling tinggi IQ di ASEAN, selepas Singapura dan Thailand!

Baca juga: Graduan UiTM Jadi Rebutan, Universiti Ini Kekal Jadi Pilihan Majikan Dengan 92.1% Kebolehpasaran Kerja!

RANKING IQ DUNIA, MALAYSIA BERADA DI TANGGA KE-22!

ranking IQ dunia

Infografik yang diterbitkan oleh Ranking Royals menggunakan data rasmi daripada International IQ Test, salah satu ujian kecerdasan yang diiktiraf dan dianggap antara paling tepat di dunia.

Menariknya, lebih 19,388 rakyat Malaysia telah mengambil ujian tersebut, menunjukkan minat yang tinggi terhadap penilaian kognitif serta tahap pendidikan negara.

Tahun ini, Malaysia mencatat peningkatan purata IQ daripada 99.29 kepada 100.48 dan ini merupakan satu lonjakan yang menunjukkan perkembangan positif dalam fungsi kognitif dan kemampuan analitik rakyat.

Ujian ini menilai beberapa aspek penting termasuk:

  • Kemahiran menyelesaikan masalah
  • Keupayaan logik
  • Kepantasan pemprosesan maklumat

Aspek-aspek ini lazim digunakan dalam penilaian akademik, saringan pekerjaan, dan penyelidikan pendidikan.

Negara Dengan Purata IQ Tertinggi Dunia

ranking IQ dunia

Foto hiasan.

Secara global, tiga negara teratas dalam senarai ialah:

  1. China – IQ 107.19
  2. Korea Selatan – IQ 106.43
  3. Jepun – IQ 106.40

Ketiga-tiganya sudah lama dikenali dengan sistem pendidikan yang sangat kompetitif serta budaya akademik yang kukuh.

Laporan ini turut memberi tumpuan kepada individu yang memperoleh skor melebihi 130, yang dikategorikan sebagai ‘gifted’ atau sangat berbakat. Golongan ini biasanya mempunyai kemampuan luar biasa dalam logik, kreativiti, dan analisis kompleks. Apa-apa pun, tahniah rakyat Malaysia!

Baca juga: Kajian Microsoft Dedah 40 Jenis Kerjaya Dalam Risiko & Semakin Pupus, AI Dah Ambil Alih!

Sumber: Ranking Royals

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×