Menerusi laman media sosial milik Rusydi Rosl, dia meminta warganet berkongsi gambar ruang solat (surau) di tempat kerja masing-masing.
Fenomena ini membuka mata ramai tentang realiti pelbagai jenis tempat kerja, dari bangunan korporat tinggi hinggalah pejabat kecil yang masih belum menyediakan ruang ibadah sepatutnya.
Baca juga: Siti Nurhaliza Kini Profesor Adjung FPP UiTM, Sedia Kongsi Ilmu & Pengalaman Dunia Seni
TREND TUNJUK RUANG SOLAT DI MEDIA SOSIAL, ADA YANG GUNA KOTAK SAHAJA

Rata-rata pekerja berkongsi gambar ruang solat (surau) di tempat kerja masing-masing. Ada yang memuat naik gambar surau bersih dan selesa, ada yang menunjukkan ruang sempit beralaskan kotak, malah ada yang hanya bertelekung di bawah meja pejabat kerana tiada tempat khas untuk bersolat.
Dapat dilihat ramai majikan menyediakan surau yang luas, lengkap dengan sejadah, telekung, kipas, ruang wuduk, serta pencahayaan baik.
Namun, di sebalik perkongsian ruang solat yang nyaman, ada juga cerita sebaliknya di mana pekerja hanya mempunyai surau yang sempit dan muat seorang sahaja dalam satu masa.

Walaupun serba kekurangan, pekerja tetap mencari ruang untuk menunaikan solat. Ada yang solat di stor fail, ada yang improvisasi dengan kotak sebagai sejadah sementara dan ada juga solat secara bergilir kerana ruang hanya cukup untuk seorang.
Perkongsian-perkongsian ini menjadi bukti bahawa walaupun dalam kesibukan dan kekangan ruang, pekerja tetap utamakan tanggungjawab kepada Tuhan.
Perkongsian ini pastinya membuatkan ramai sedar bahawa ruang solat bukan sekadar tempat bentang sejadah, ia adalah refleksi bagaimana majikan menghormati kesejahteraan pekerja.
Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih banyak syarikat untuk menyediakan ruang solat selesa supaya tempat kerja lebih harmoni, seimbang serta inklusif.
Baca juga: Ramai Tersentuh! Ibu Tunggal Dukung Bayi 8 Bulan, Jadi Badut Tepi Jalan Demi Mencari Wang…
Sumber: Threads
