Euforia Bola 2026
Famili

Mayat Lelaki Jatuh Jambatan Pulau Pinang Ditemui, Isteri Hamil 5 Bulan Luah Rasa Pilu “Tunggu Saya Di Sana Sayang”

lelaki jatuh jambatan

Selepas dua hari operasi pencarian lelaki jatuh Jambatan Pulau Pinang seperti yang tular, misteri kehilangan Elmi Nu Zamani Aizat, 25 tahun, akhirnya terungkai.

Pasukan penyelamat menemui tubuhnya pada jam 9.50 pagi tadi, sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.

Baca lagi: Lelaki Dikhuatiri Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang, Isteri Sarat Hamil 5 Bulan Rayu Orang Ramai Jaga Kata-Kata

SUSULAN KES LELAKI JATUH JAMBATAN PULAU PINANG, MAYAT DIJUMPAI

lelaki jatuh jambatan

Foto Ihsan JBPM

“Pemergianmu sangat menyayat hati…” — luahan pilu isteri di laman media sosial.

Di TikTok, isterinya Nurul Natasha Amyra Ishak, 19 tahun, memuat naik foto bersama arwah disertai ungkapan yang meruntun jiwa. Dalam coretan itu, Natasha seolah-olah reda dengan ketentuan takdir, menyifatkan arwah suaminya sebagai lelaki paling baik yang hadir dalam hidupnya.

Antara luahannya:

“Pemergianmu sangat menyayat hati, sayang. Tunggu saya dekat sana. Doa saya selalu mengiringi awak. Awak tak derita dah dekat dunia, Allah tahu apa yang awak buat. Awak lelaki terbaik… pergi awak tinggalkan amanah awak, sayang. Al-Fatihah…”

Luahan tersebut mengundang sebak warga maya, terutama apabila mengenangkan usia perkahwinan mereka yang masih muda.

Jenazah bakal dikebumikan petang ini

lelaki jatuh jambatan

Ahli keluarga memaklumkan bahawa jenazah Elmi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Lahar Tabut, Penaga, dijangka pada petang ini. Buat masa ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai punca sebenar kejadian yang berlaku di jambatan berkenaan.

Dalam kejadian tersebut, turut ditemui sebuah bungkusan pakaian berhampiran motosikal Elmi yang ditinggalkan di tepi jambatan. Lebih menyayat hati, balu arwah kini perlu meneruskan hidup bersama dua anak kecil, selain sedang hamil lima bulan anak ketiga mereka.

*Innalillahi wainailaihi rajiun. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Semoga mereka dikurniakan kekuatan menghadapi ujian besar ini.

Baca juga: ‘Senyuman Menyeramkan’ Dalam Masjid, Pesakit Skizofrenia Tunjuk POV Bagaimana Halusinasi Berlaku

Sumber: Berita Harian, Tiktok

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×