Euforia Bola 2026
Didik

Viral Ada Tahi Dibuang Dalam Beg Sekolah Murid, Guru Luah Beban Tapi Netizen Kata “Ini Buli, Bukan Gurauan”

beg sekolah

Seorang guru meluahkan rasa kecewa selepas menerima permintaan luar biasa daripada ibu bapa yang mahu beliau menyiasat kejadian penemuan ketulan najis di dalam beg sekolah seorang murid.

Ini memang situasi luar biasa dan tidak dijangka bagaimana najis tersebut boleh masuk ke dalam beg seorang murid?

Baca juga: “Cikgu Pun Ada Hati”- Kertas Peperiksaan English Pelajar Dapat Markah 0%, Cikgu Menangis Di Luar Kelas

CIKGU JUMPA TAHI DALAM BEG SEKOLAH MURID, SALAH SENDIRI ATAU KENA BULI?

beg sekolah

Menurutnya dalam satu hantaran di Threads, ibu murid berkenaan menghubunginya sebaik sahaja menemui ketulan najis itu dan mendesak agar pihak sekolah segera mengenal pasti pelakunya.

“Tahi dijumpai dalam beg sekolah anak. Mak minta cikgu siasat siapa punya. Memang cikgu-cikgu ni tak ada kerja ke? Tahi anak pun cikgu yang kena siasat,” luah guru itu.

Luahan itu pantas menarik perhatian ramai, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang melihat insiden tersebut bukan sekadar isu kebersihan, tetapi mungkin petunjuk awal gejala buli dalam kalangan pelajar. Namun, luahan ini telah dipadam oleh guru berkenaan kerana terus mencetuskan perdebatan.

“Ini Bukan Hal Remeh, Boleh Jadi Kes Buli” — Netizen

beg sekolah

Foto hiasan.

Beberapa pengguna media sosial menegaskan bahawa insiden membuang najis ke dalam beg orang lain bukan perkara kecil, malah berpotensi menjadi bentuk buli yang lebih serius jika tidak ditangani segera.

“Sampai sanggup buang najis dalam beg kawan. Ini tanda awal membuli. Kalau tak dicegah sekarang, nanti jadi lagi teruk,”– netizen.

Ada juga yang berpendapat bahawa guru tetap memikul tanggungjawab menyiasat kerana kejadian berlaku dalam kawasan sekolah.

“Guru berada di sekolah dan kejadian itu berlaku di sekolah. Ibu bapa memang periksa beg anak di rumah, tapi apa sahaja yang berlaku dalam sekolah termasuk kes buang tahi, guru tetap kena siasat,”– netizen.

Seorang lagi pengguna berkongsi pengalamannya memeriksa beg dan pakaian anak sendiri setiap kali pulang dari sekolah.

“Betul la mak tu minta tolong cikgu siasat. Takkan mak nak masuk sekolah sendiri cari pelaku. Kadang kita rasa perkara kecil, tapi kesannya besar pada anak lain,”– netizen.

Ada yang menyokong siasatan dibuat segera bagi memastikan keselamatan murid lain.

“Memang kena siasat, Puan. Mana boleh tiba-tiba ada najis dalam beg sekolah. Boleh jadi kes buli atau khianat. Ini bukan normal. Kalau ibu bapa siasat sendiri, nanti jadi kes amuk pula,”- netizen.

Kesimpulannya, walaupun kelihatan remeh, insiden pelik seperti ini memberi gambaran jelas bahawa isu keselamatan dan kesejahteraan murid perlu dipandang serius. Sama ada ia gurauan melampau, perbuatan khianat atau gejala buli, pihak sekolah perlu mengambil langkah wajar bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang.

Baca juga: Sekolah Hebat, Anak Cemerlang! Ini Top 8 Sekolah Rendah Terbaik Malaysia Untuk Permulaan Tahun 1

Sumber: Kosmo, Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×