Euforia Bola 2026
Rakyat

Aktiviti Mendulang Emas Kembali Trending, Ini Senarai Lokasi ‘Panas’ Di Kelantan Dibenarkan Untuk Mendulang

emas kelantan

Nampaknya, negeri Kelantan sekali lagi mencuri tumpuan apabila kerajaan negeri membenarkan rakyatnya untuk mengusahakan perlombongan emas secara sah melalui kaedah mendulang emas Kelantan di atas tanah kerajaan dengan syarat-syarat tertentu.

Langkah itu segera mencetuskan fenomena baharu apabila ramai tampil menunjukkan minat untuk mencuba nasib, sekali gus menjadikan aktiviti mendulang kembali hidup dalam masyarakat sehingga ada yang untung ribuan ringgit!

Baca juga: Ramai Tak Tahu…Ini 5 Design Emas Popular Tapi Sebenarnya ‘Perangkap’, Tak Berbaloi Beli!

SENARAI HOTSPOT MENDULANG EMAS KELANTAN, BOLEH UNTUNG RIBUAN RINGGIT!

emas kelantan

Foto hiasan orang mendulang emas.

Ramai yang tak tahu, walaupun Pahang mencatatkan pengeluaran emas tertinggi sebelum ini, Kelantan tetap mempunyai banyak kawasan ‘hotspot’ yang menyimpan emas berkualiti tinggi, termasuk nugget besar yang jarang ditemui. Kalau anda peminat aktiviti mendulang atau sekadar minat geologi, ini info lengkap tentang kawasan emas di Kelantan.

1. Gua Musang – Lubuk Emas Paling Kaya

Antara kawasan yang paling popular dan sering mencatatkan jumpaan nugget:

  • Sungai Sok
  • Sungai Relai
  • Hutan Belatim
  • Lebir
  • Aring

Ada emas aluvial + emas batuan keras dan banyak jumpaan nugget dari 0.5g hingga 100g.

2. Jeli – Emas Halus, Banyak di Pasir Hitam

Lokasi utama:

  • Sungai Pergau
  • Sungai Batu Melintang

Emas berbentuk halus (flaky), nugget jarang, tapi tetap wujud.

3. Tanah Merah & Kuala Krai

Kebanyakannya di kawasan:

  • Sungai-sungai kecil
  • Paya di sempadan hutan

Emas aluvial bercampur pasir hitam magnetik.

Jenis-Jenis Emas di Kelantan

emas kelantan

Foto hiasan.

1. Emas Aluvial (Emas Sungai) – Paling Banyak

Ciri-ciri:

  • Kuning pekat, lebih gelap berbanding emas Pahang
  • Bentuk flaky dan nipis seperti ‘cornflake’
  • Ada campuran granular atau pasir emas

2. Emas Nugget – Jarang Tapi Bernilai

Ditemui di:

  • Sungai Sok
  • Sungai Relai
  • Sungai Pergau
  • Gua Musang

Saiz biasa yang pernah dijumpai:

  • 0.2g – 3g = biasa
  • 5g – 30g = jarang
  • 40g ke atas = sangat rare

3. Hard-Rock Gold (Emas Batuan)

Banyak di kawasan perbukitan Gua Musang. Jenis urat emas:

  • Quartz vein (urat kuarsa putih susu)
  • Sulphide-hosted gold (pyrite, arsenopyrite, chalcopyrite)

Ramai yang tertanya, kenapa Kelantan banyak emas? Dari segi penjelasan geologi adalah:

1. Berada Tepat di Central Gold Belt

Jalur emas utama Malaysia yang terbentuk sejak 200 juta tahun lalu.

2. Aktiviti Vulkanik Purba

Air panas bawah tanah zaman dahulu membawa larutan emas dan mendap di rekahan batu kuarsa.

3. Hakisan Gunung Purba

Gunung lama di Gua Musang terhakis selama ribuan tahun, menyebabkan emas dari bukit dan gua turun ke sungai dan membentuk emas aluvial.

Lokasi paling berpotensi untuk mendulang (buat masa ini)

  • Untuk rekreasi, bukan kawasan larangan — pastikan patuh undang-undang dan mohon lesen jika diperlukan.
  • Sungai kecil di kawasan hutan Gua Musang
  • Cabang sungai yang mempunyai pasir hitam
  • Bendang sungai / aliran perlahan
  • Kawasan belakang batu besar (eddy zone)
  • Bekas laluan sungai lama (oxbow)

Kesimpulannya, tidak hairanlah ramai pendulang hobi dan pencari emas berpengalaman memilih Kelantan. Negeri ini bukan saja kaya sumber semula jadi, malah mempunyai sejarah geologi yang menjadikannya salah satu lokasi emas terbaik di Malaysia.

Kalau orang Kelantan nak mendulang dengan ‘happy happy’, pastikan mohon lesen dulu dan ikut garis panduan Jabatan Mineral & Geosains (JMG).

Nota: Banyak kawasan di Kelantan kini berada di bawah kawal selia atau diberi lesen khas, jadi aktiviti mendulang hanya boleh dibuat di tempat yang dibenarkan.

Baca juga: 5 Jenama Emas Terbaik & Dipercayai Di Malaysia Untuk Simpanan Jangka Panjang, Berbaloi Beli!

Sumber: Farid Qasya MD

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×