Euforia Bola 2026
Famili

Bapa Terjatuh Dalam Longkang Ketika Bertugas, “Walau Tengah Sakit, Wajah Pak Cik Tetap Tenang…”

jatuh longkang

Seorang pengguna Facebook, Siti Salmi, memohon doa orang ramai untuk ayahnya yang kini berada dalam keadaan kritikal selepas jatuh longkang besar ketika sedang bertugas membawa lori sampah kering pada 11 November 2025.

Menurut perkongsian itu, ayahnya yang bekerja dalam sektor pengurusan sisa pepejal difahamkan turun dari lori untuk merakam gambar pekerja yang sedang mengangkat sampah.

Baca juga: Isteri Tekad Terjun Dari Kereta Sedang Bergerak, Takut Dipukul Suami Kerana Bergaduh!

PAK CIK JATUH LONGKANG BESAR KETIKA BEKERJA

JATUH LONGKANG

Namun, dalam situasi yang tidak dapat dipastikan bagaimana ia berlaku, ayahnya tiba-tiba terjatuh ke dalam longkang yang besar dan dalam.

Siti Salmi menjelaskan bahawa ayahnya tidak mengingati bagaimana kejadian itu berlaku dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) tingkat 7B, katil 17.

“Kalau tanya Abah dia tak ingat apa yang jadi, minta jasa baik doakan abah Kak Sal ye, keadaan agak serius . Patah tulang tengkuk C2, patah tulang rusuk 1 dan tercucuk paru-paru, patah tulang belikat dan ada pendarahan dalam kepala,” jelasnya.

Difahamkan juga darah masih keluar dan pesakit sedang menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan MRI bagi penilaian lanjut.

Perkongsian tersebut turut tular di media sosial dan menerima ratusan komen daripada warganet yang meluahkan rasa simpati serta menitipkan doa buat ayah Siti Salmi. Ramai yang tersentuh melihat keadaan lelaki berkenaan yang masih kelihatan tenang walaupun menanggung kesakitan.

JATUH LONGKANG

“Walaupun menahan sakit, tenang sahaja wajah pakcik. Begitulah kuatnya seorang ayah dalam mencari rezeki. Semoga pakcik cepat sembuh.

Semalam saya nampak gambar ini tetapi tidak tahu siapa yang memuat naiknya. Saya sempat berkongsi dengan anak dan berasa kasihan melihat pakcik yang jatuh ke dalam longkang besar. Tidak sangka itu ayah Siti Salmi. Semoga Allah mudahkan rawatan dan kesembuhannya,” komen warganet.

Siti Salmi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan, doa serta kata-kata semangat sepanjang keluarganya melalui ujian ini.

Baca juga: Perut Anak Kembung & Bengkak Lepas Makan Roti, Muntah Berulang Kali Sampai Masuk Wad

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×