Kehilangan seorang kanak kanak jatuh longkang dikenali sebagai, Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, yang sebelum ini dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Puncak Alam akhirnya terjawab apabila satu mayat ditemukan di tebing sungai di Sungai Buloh pada Khamis.
Baca juga: Wanita Ini Ajar Cara Jimat RM20 Dengan Ayam Seekor, Lebih Berbaloi Dari Beli Makanan Lain!
JASAD KANAK KANAK JATUH LONGKANG DITEMUI

Penemuan tersebut merungkai misteri kehilangan mangsa yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu, sekali gus mengesahkan kebimbangan keluarga bahawa kanak-kanak itu telah dihanyutkan arus ketika kejadian.
Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan sejak hari pertama melibatkan pelbagai agensi termasuk pasukan penyelamat dan orang awam. Usaha tersebut dipergiatkan dengan memperluaskan kawasan pencarian sehingga beberapa kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Zon 7 Selangor Utara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani memaklumkan bahawa mangsa yang dilaporkan hilang pada Selasa berjaya ditemui sekitar jam 1 tengah hari.
Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat dijalankan secara berperingkat dengan melibatkan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama PBS Saujana Utama.
“Pasukan memulakan pencarian dari pusat kawalan bomba sebelum bergerak menyusuri laluan air dari parit berhampiran Masjid Taman Alam Jaya sehingga ke Sungai Buloh menghala ke Ijok,” katanya.
Tambahnya lagi, jarak keseluruhan dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh sehingga ke tempat penemuan dianggarkan sekitar 10 kilometer.
Mangsa ditemui dalam keadaan masih lengkap berpakaian, iaitu berbaju cerah dan berseluar hitam. Mayat kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital UiTM untuk proses bedah siasat sebelum kes diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
Kejadian ini mengundang sebak ramai, lebih-lebih lagi selepas usaha tanpa henti keluarga dan pasukan penyelamat sepanjang tempoh pencarian dijalankan.
Sumber: Sinar Harian
