Euforia Bola 2026
Didik

“Buku RM2 Tapi Nilainya Besar”– Ibu Sebak Guru KAFA Koyak Buku Dibeli Anak Guna Duit Simpanan

guru KAFA

Seorang ibu meluahkan rasa kecewa selepas buku hiburan kanak-kanak milik anaknya yang baru dibeli menggunakan duit simpanan sendiri dikoyakkan oleh seorang guru KAFA di sebuah sekolah rendah di Mentakab, minggu lalu.

Sampai begitu sekali diperlakukan oleh guru tersebut, kenapa?

Baca juga: “Cikgu Pun Ada Hati”- Kertas Peperiksaan English Pelajar Dapat Markah 0%, Cikgu Menangis Di Luar Kelas

IBU TERKEJUT GURU KAFA KOYAK BUKU ANAK LEPAS HABIS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

guru KAFA

Menurut wanita berusia 48 tahun itu, kejadian berlaku selepas anak lelakinya yang berumur sembilan tahun selesai menjawab peperiksaan akhir tahun Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Ketika menunggu waktu tamat, murid tersebut dikatakan sedang membelek buku baharu yang dibeli di kantin sekolah semasa waktu rehat.

“Ustazah datang tanya, ‘Awak buat apa tu?’. Lepas tu dia terus ambil dan koyakkan buku tu depan anak saya. Anak saya cuma terdiam, terkejut dan sedih,” katanya ketika ditemui.

Ibu tersebut menjelaskan bahawa buku berharga RM2 itu mungkin murah, namun amat bermakna buat anaknya kerana dibeli hasil simpanan sendiri.

“Saya faham kalau anak saya dimarahi sebab buat salah, tapi cara ustazah itu langsung tak menunjukkan sifat sebagai seorang pendidik,” ujarnya kesal.

Guru Ganti Baharu, Tindakan Kasar Terhadap Anak Disleksia

guru KAFA

Difahamkan, guru yang terlibat merupakan guru ganti berusia dalam lingkungan 20-an yang baru mengambil alih kelas berkenaan selepas guru asal bertukar.

“Saya tak kenal ustazah tu sebab baru masuk. Tapi cara dia terlalu kasar untuk budak kecil yang tak buat salah. Kalau nak tegur pun, tegurlah dengan baik,” katanya lagi.

Beberapa murid lain yang berada di dalam kelas turut memaklumkan bahawa buku tersebut memang dibeli di kantin sekolah pada pagi hari kejadian, ketika berlangsungnya jualan buku oleh penerbit Rakan Didik Publications dengan kebenaran pihak sekolah.

Namun, guru terbabit dikatakan tetap memarahi murid berkenaan sambil menegaskan bahawa “datang sekolah untuk belajar, bukan bermain” sebelum bertindak mengoyakkan buku itu.

Lebih menyedihkan, ibu itu turut mendedahkan bahawa anak keduanya itu mempunyai kad OKU (mild disleksia) dan sedang menunjukkan kemajuan dalam pelajaran setelah mengikuti kelas tuisyen tambahan.

“Dia baru mula minat membaca Bahasa Melayu dan Inggeris. Tapi sejak kejadian itu, dia nampak takut nak ke sekolah,” ujarnya.

Menurut wanita tersebut, sehingga kini guru berkenaan belum menghubunginya untuk memohon maaf, dan laporan rasmi sudah dibuat kepada guru besar sekolah untuk siasatan lanjut.

“Saya harap pihak sekolah dapat ambil tindakan wajar supaya perkara seperti ini tak berulang. Anak-anak kecil perlu dibimbing dengan kasih sayang, bukan ketakutan,” katanya.

Baca juga: Sekolah Hebat, Anak Cemerlang! Ini Top 8 Sekolah Rendah Terbaik Malaysia Untuk Permulaan Tahun 1

Sumber: Malaysia Gazzette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×