Sebuah kisah menyayat hati tular di media sosial apabila seorang lelaki memohon agar orang ramai dapat sunting gambar dirinya bersama arwah isteri dan anak kecil mereka.
Permintaan sederhana itu menyentuh hati ramai, terutama selepas kisah sebenar di sebalik gambar tersebut didedahkan. Sebak!
TULAR LELAKI MINTA TOLONG ORANG SUNTING GAMBAR ARWAH ISTERI UNDANG AIR MATA…

Dalam perkongsian itu, lelaki berkenaan memuat naik dua keping foto iaitu satu menunjukkan dirinya bersama anak, manakala satu lagi gambar isterinya seorang diri. Dia meminta agar foto itu digabungkan supaya kelihatan seolah-olah mereka masih bergambar sebagai sebuah keluarga lengkap.
Namun, permintaan itu bukan hanya kosong. Apabila ditanya mengenai punca kematian isterinya, jawapan lelaki itu membuatkan ramai sebak. Menurutnya, arwah isteri menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser.
Lebih menyayat hati, doktor pernah menasihati agar kandungan digugurkan demi menyelamatkan nyawa ibu. Namun, arwah tetap nekad mempertahankan zuriat mereka walau tahu risikonya tinggi.
“Doktor suruh gugurkan, tapi dia tak nak. Dia kata anak ni amanah Allah,” tulisnya.
Keputusan penuh keberanian itu akhirnya meragut nyawanya, tetapi meninggalkan seorang anak lelaki kecil sebagai tanda cinta terakhir antara mereka.
Detik Paling Memilukan, Isteri Meninggal Di Rumah

Foto yang telah disunting.
Lebih memilukan apabila lelaki itu berkongsi detik tragis yang sukar dilupakan apabila arwah isterinya meninggal dunia di rumah bersama anak kecil mereka yang baru berusia setahun.
“Saya kerja 6 jam. Balik-balik jiran cakap anak tak menangis langsung. Bila buka pintu, anak tengah menyusu badan arwah yang dah meninggal,” katanya dengan nada pilu.
Kisah itu membuatkan ramai warganet menitiskan air mata, memuji ketabahan arwah isteri serta kasih suami yang tidak berbelah bagi. Ribuan komen dan suntingan kreatif dikongsi oleh pengguna media sosial yang cuba merealisasikan impian kecil lelaki itu untuk sekadar melihat semula senyuman tiga beranak dalam satu gambar.
*Al-Fatihah buat arwah isteri yang berkorban demi melahirkan zuriatnya. Sesungguhnya, cinta dan pengorbanan seorang ibu tiada tandingannya.
Sumber: Aliff Tsi
