Euforia Bola 2026
Famili

“Dia Patah Balik Ambil Susu Anak, Tapi Tak Sempat Pulang”- Suami Maut Kemalangan, Luahan Isteri Bikin Ramai Menangis

kemalangan balik kerja

Seorang wanita dikenali sebagai Mas berkongsi kisah memilukan di platform Threads selepas suaminya, Muhammad Amir, meninggal dunia dalam kemalangan balik kerja.

Dalam hantaran yang kini tular, Mas memuat naik beberapa gambar dan tangkapan skrin mesej terakhir bersama arwah, detik yang kini menjadi kenangan paling bermakna dan menyayat hati buat dirinya.

Baca juga: “Saya Minta Makan, Tapi Tiada Siapa Bagi”- Remaja OKU Cari Kerja Terharu Dibantu Selepas Disamun Di TBS

“Minta Masak Ayam Goreng Kunyit…”- Permintaan Terakhir Sebelum Kemalangan Balik Kerja, Patah Balik Ambil Susu Anak

kemalangan balik kerja

Menurut Mas, arwah suaminya sempat meminta dirinya untuk memasak ayam goreng kunyit, lauk kegemaran keluarga mereka. Namun siapa sangka, permintaan kecil itu menjadi hidangan terakhir yang tidak sempat dijamah.

“Suami saya minta masak ayam goreng kunyit. Saya masakkan, tunggu dia balik… tapi dia tak sempat pun makan,” tulis Mas dalam luahan yang menyentuh perasaan.

Mas turut menceritakan bahawa arwah sebenarnya sudah pun pulang awal dari kerja. Namun, selepas menyedari susu anak mereka tertinggal di pejabat, suaminya memutuskan untuk berpatah balik mengambilnya.

“Suami saya dah balik awal, tapi sebab susu anak tertinggal, dia patah balik ambil. Tapi… dia tak sempat balik semula..”

Malangnya, dalam perjalanan pulang semula ke rumah, arwah terlibat dalam kemalangan maut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Wajah Tenang Seolah Sedang Tidur

kemalangan balik kerja

Lebih menyayat hati, Mas berkongsi bahawa wajah suaminya kelihatan tenang seperti sedang tidur, walaupun terlibat dalam kemalangan.

Perkongsian tersebut membuat ramai warganet sebak, mengenangkan kasih seorang ayah yang sanggup berpatah balik semata-mata untuk memastikan anaknya tidak kehausan susu.

Mas turut memohon agar orang ramai mendoakan kekuatan untuk dirinya dan anak mereka yang baru berusia 1 tahun 10 bulan agar terus tabah menghadapi kehilangan insan tersayang.

“Doakan saya dan anak kecil kami. Semoga Allah beri kekuatan untuk teruskan hidup tanpa insan yang paling saya sayang,” tulisnya.

kemalangan balik kerja

Kisah ini bukan sekadar kisah duka malah ia menjadi peringatan tentang kasih sejati seorang suami dan ayah, yang sanggup melakukan apa sahaja demi keluarganya. Semoga roh Allahyarham Muhammad Amir dicucuri rahmat dan keluarganya diberi ketabahan menghadapi ujian ini.

Baca juga: Jika Suami Meninggal Dunia, Ini Apa Si Isteri Perlu Tahu Tentang Harta Pusaka Suami

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×