Euforia Bola 2026
Famili

Jam 9.19PM Ini Langit Malaysia Diterangi Supermoon Terbesar & Hujan Meteor Taurid Selatan

fenomena supermoon

Malam ini, 5 November, pada jam 9.19 malam, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan bulan penuh terbesar dan paling terang tahun ini dikenali sebagai fenomena supermoon

Supermoon berlaku apabila bulan berada paling hampir dengan Bumi dalam orbitnya, kedudukan yang dipanggil perigee iaitu kira-kira 356,832 kilometer dari bumi.

Baca juga: Pandangan Islam Bila Kanak-Kanak Terpengaruh Dengan Video Ganas, Ini Penjelasan Hukum

MALAYSIA BOLEH SAKSIKAN FENOMENA SUPERMOON TERBESAR TAHUN INI

FENOMENA SUPERMOON

Disebabkan jarak yang lebih dekat ini, bulan akan kelihatan sekitar 14% lebih besar dan 30% lebih terang berbanding bulan penuh biasa.

Fenomena ini boleh dinikmati dengan mata kasar, namun penggunaan teropong atau teleskop akan memberikan pemandangan yang lebih jelas.

Bagi menikmati pengalaman terbaik, orang ramai disarankan memerhati langit di kawasan jauh dari cahaya bandar supaya sinaran bulan lebih menyerlah.

Bentuk penuh bulan akan kekal kelihatan selama tiga hari berturut-turut. Menariknya, malam ini bukan sekadar tentang supermoon tetapi juga hujan meteor Taurid Selatan.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), hujan meteor ini aktif dari 23 September hingga 20 November dan dijangka mencapai kemuncaknya antara jam 9 malam ini hingga awal pagi esok (6 November).

FENOMENA SUPERMOON

Pemerhati langit berpeluang melihat sekitar lima meteor sejam namun cahaya terang daripada bulan penuh mungkin menyebabkan sebahagiannya sukar kelihatan.

Fenomena langit yang jarang ini pasti memukau, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan malam ini!

Nota tambahan:

Perigee – Kedudukan Bulan yang paling dekat dengan Bumi. Pada waktu ini, Bulan kelihatan lebih besar dan lebih terang daripada biasa.

Apogee – Kedudukan Bulan yang paling jauh dari Bumi. Pada waktu ini, Bulan kelihatan lebih kecil dan sedikit malap berbanding biasa.

Penghijaban (occulatation) – Fenomena apabila satu objek langit “tersembunyi” di sebalik objek lain dari pandangan pemerhati di Bumi.

Istiqbal (opposition) – Keadaan apabila dua objek langit berada bertentangan arah jika dilihat dari Bumi. Pada waktu tersebut, planet tersebut disinari sepenuhnya oleh Matahari menyebabkan ia kelihatan paling terang.

Baca juga: Senarai Penuh Kamera AwAS Tahun 2025, Jangan ‘Drive’ Laju Nanti Duit Melayang!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×