Euforia Bola 2026
Asuh

Fenomena Baharu Di SJKC, Ramai Murid Melayu Daftar Tapi Pelajar Cina Makin Berkurang

murid melayu

Tular di media sosial, sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dilaporkan bakal menerima seramai 25 orang murid Melayu di peringkat pra sekolah, satu angka yang cukup besar hingga boleh membentuk satu kelas penuh. Menariknya, tiada murid India yang mendaftar pada tahun tersebut.

Situasi ini bukan lagi perkara luar biasa di banyak SJKC di Malaysia. Malah, trend kemasukan murid Melayu ke sekolah Cina dilihat semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Baca juga: Senarai Penuh Kamera AwAS Tahun 2025, Jangan ‘Drive’ Laju Nanti Duit Melayang!

MURID MELAYU PRA SEKOLAH SJKC MAKIN RAMAI

MURID MELAYU

Namun, perkara ini menimbulkan persoalan besar dalam kalangan guru dan ibu bapa apabila Bahasa Cina menjadi medium utama pengajaran dan pembelajaran untuk hampir semua subjek termasuk Sains, Matematik dan Sejarah?

“Kata lah satu kelas 30 orang, macam mana cikgu-cikgu nak ajar Bahasa Cina? Apatah lagi subjek lain yang dalam Bahasa Cina seperti Sains, Matematik, Sejarah dan lain-lain? Mesti murid Melayu yang ramai tu tak akan berkomunikasi dalam Bahasa Cina,” jelasnya.

Lebih merisaukan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa murid Melayu perlu dikumpulkan dalam satu kelas.

Dengan anggaran kapasiti satu kelas sekitar 30 orang, ini bermakna majoriti pelajar dalam kelas itu tidak akan berkomunikasi dalam Bahasa Cina sebagai bahasa utama. Ia tentu menjadi cabaran besar kepada guru-guru untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan.

Guru-guru di SJKC pastinya akan berdepan dilema antara mengekalkan penggunaan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, atau menyesuaikan pendekatan agar murid bukan Cina dapat mengikuti pelajaran dengan baik.

MURID MELAYU

Dalam masa sama, pelajar Melayu yang tidak biasa dengan bahasa Mandarin mungkin akan mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri, terutamanya dalam subjek akademik yang memerlukan kefahaman istilah teknikal dalam Bahasa Cina.

Salah satu punca utama yang sering dibincangkan adalah kadar kelahiran yang semakin menurun dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia.

Statistik menunjukkan, kadar kelahiran bagi kaum Cina menurun secara konsisten sejak lebih sedekad lalu. Faktor ekonomi, gaya hidup moden, dan kecenderungan menunda perkahwinan antara penyumbang utama fenomena ini.

Perubahan demografi ini menunjukkan wajah baharu pendidikan di Malaysia, lebih berbilang bangsa, tetapi juga lebih kompleks. Soalnya kini, adakah sistem pendidikan kita sudah bersedia untuk menampung perubahan itu?

Baca juga: “Asap Hitam & Api Menyala Depan Mata” Wanita Terkejut Powerbank Tiba-Tiba Meletup Ketika Dicas

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×