Berita gembira buat ibu bapa dan anak-anak kerana bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, Zoo Negara Malaysia menghadiahkan kemasukan tiket percuma khas untuk kanak-kanak yang layak.
Ini merupakan satu peluang istimewa yang pasti menceriakan hujung minggu keluarga anda dan boleh mula merancang sekarang!
Baca juga: 7 Lokasi Zoo Sekitar Kuala Lumpur & Selangor Boleh Dikunjungi, Wajib Bawa Anak-Anak!
Tiket Masuk Kanak-Kanak Percuma Zoo Negara Malaysia pada 22 & 23 November Ini!

Bagi meraikan sumbangan dan masa depan generasi muda, Zoo Negara membuka peluang kepada kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun untuk masuk secara percuma pada 22 dan 23 November 2025.
Inisiatif ini bukan sekadar hiburan tapi ia juga bertujuan mendidik anak-anak agar lebih mengenali, menghargai dan mencintai dunia hidupan liar. Bagi memastikan kelancaran lawatan, ibu bapa dan penjaga perlu mengambil perhatian terhadap beberapa syarat berikut:
1. Warganegara Malaysia sahaja – Tawaran sah untuk rakyat Malaysia.
2. Walk-in sahaja – Penebusan tiket percuma hanya untuk pengunjung yang hadir terus ke kaunter tiket.
3. Bawa MyKid asal – Kanak-kanak perlu menunjukkan MyKid asal untuk pengesahan.
4. Tebus dan guna pada hari yang sama – Tiket percuma tidak boleh digunakan pada tarikh lain.
5. Tidak sah untuk lawatan sekolah – Promosi ini tidak terpakai untuk rombongan sekolah.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membawa anak-anak anda mengenali lebih 400 spesies haiwan sambil mencipta kenangan indah bersama keluarga. Dari panda comel hingga harimau gagah, setiap detik di Zoo Negara pasti menjadi pengalaman berharga untuk mereka.
*Tip: Boleh tengok laman media sosial rasmi Zoo Negara untuk maklumat lanjut tentang aktiviti menarik sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia nanti!
Baca juga: Nak Melamar Kekasih ‘Ditemani’ Ikan Jerung? Aquaria KLCC Tawar Pakej Lamaran Eksklusif!
Sumber: Zoo Negara Malaysia
