Bagi pencinta alam dan haiwan, Zoo Camp anjuran Jabatan Pendidikan, Zoo Negara Malaysia menawarkan pengalaman yang berbeza daripada aktiviti luar biasa lain iaitu peluang ‘camping’ bersama haiwan! Lantai ramai tertanya-tanya berapakah harga tiket zoo negara untuk aktiviti ini?
Maklumlah pada minggu ini kita akan berada dalam cuti awam yang panjang dan juga cuti sekolah, jadi mak ayah sudah memulakan tugas untuk membawa anak-anak bercuti!
Baca juga: 7 Lokasi Zoo Sekitar Kuala Lumpur & Selangor Boleh Dikunjungi, Wajib Bawa Anak-Anak!
HARGA TIKET ZOO NEGARA SEMPENA ‘ZOO CAMP’, BOLEH TIDUR MACAM DI SAFARI!

Program ini bukan sekadar perkhemahan, malah ia merupakan peluang untuk mendalami ilmu tentang hidupan liar melalui suasana pembelajaran tidak formal, terus di tengah-tengah keindahan alam semula jadi.
Zoo Camp merupakan aktiviti perkhemahan pendidikan yang berlangsung selama 2 hari 1 malam di Dataran Dato’ Ismail Hutson, Zoo Negara Malaysia. Peserta bukan sahaja berpeluang mempelajari tentang dunia haiwan, malah dapat memahami kepentingan pemuliharaan hidupan liar serta merasai pengalaman holistik berinteraksi dengan alam.
Antara program utama yang disediakan termasuk:
1. Night Walk – Pengalaman berjalan malam menggunakan night vision monocular untuk meneroka suasana zoo pada waktu malam.
2. Wildlife Enrichment – Aktiviti interaktif yang membolehkan peserta melihat sendiri bagaimana penjaga zoo merangsang haiwan agar lebih aktif dan sihat.
3. Multi Animal Show – persembahan haiwan pelbagai spesies yang penuh dengan elemen pendidikan dan hiburan.
Selain itu, peserta juga berpeluang menyertai aktiviti unggun api, menikmati suasana perkhemahan sebenar dengan khemah dan beg tidur yang disediakan.
BELI SEKARANG SEBELUM TIKET HABIS!

Hari: Dibuka setiap hari
Tempoh: 2 hari 1 malam
Lokasi: Dataran Dato’ Ismail Hutson, Zoo Negara Malaysia
Saiz Kumpulan: Minimum 20 peserta (Jika kurang, tarikh akan dijadualkan semula bersama kumpulan lain)
Pembelian Tiket Online: SINI
- Dewasa (13 tahun ke atas): RM152
- Kanak-kanak (3 – 12 tahun): RM152 (harga termasuk caj pemprosesan dalam talian)
Yuran termasuk:
- Tiket masuk Zoo Negara
- Aktiviti (night walk, wildlife enrichment, multi animal show)
- Peralatan (khemah & beg tidur)
- 3 hidangan (sarapan, makan malam & makan lewat malam)
- Insurans & e-sijil
Kemudahan Yang Disediakan
- Bilik mandi awam (tanpa pemanas air)
- Surau
- Kawasan unggun api

Zoo Camp bukan sekadar aktiviti perkhemahan, tetapi satu pengalaman pembelajaran menyeronokkan yang menggabungkan pendidikan, alam semula jadi dan hiburan. Sangat sesuai untuk keluarga, pelajar atau kumpulan yang ingin merasai sendiri keunikan dunia haiwan dari perspektif berbeza.
*Tempat adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang untuk mendaftar sebelum 19 September 2025! Boleh tidur dan rasa harimau berjalan-jalan!
Baca juga: Senarai Ubat Penting Untuk Anak Bila Bercuti: Ibu Ayah Kena Ready Supaya Tak Panik & Jimat!
Sumber: Zoo Negara Malaysia
